DFP 1 Tips Tanaman - MENGENAL JENIS KAYU (Part 1) - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com | sitnoolo.blogspot.com

Tips Tanaman - MENGENAL JENIS KAYU (Part 1) - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com

Bawah Judul
inartikel
MENGENAL JENIS KAYU merupakan perkasa asas kepada mereka yang terlibat didalam industri pembuatan perabut (furniture). Dalam pembaca membuat rujukkan kepada tajuk 'Mengenal Kayu' dalam Majalah Anjung Seri mendapati ada maklumat yang sesuai dikongsi sama dengan kupasan dan penelitian penulis sendiri. Kini di pasaran memang banyak jenis perabot kayu direka dan dijual iaitu mengikut kegunaan dan kesesuaian kediaman, kegunaan, cuaca dan cita rasa pelanggan. 

Pilihan kayu pada masa kini tidak sekadar meranti, kembang semangkok dan jati tetapi meliputi jenis kayu seperti kayu melunak, nyatoh, sentang dan terkini adalah jenis kayu getah. Pada masa ini agensi Malaysian Timber Council (MTC) membahagikan kayu kayan kepada empat kumpulan iaitu Kayu Keras Padu (heavy hardwood), Kayu Keras Pertengahan (medium hardwood), Kayu Keras Ringan (light hardwood) dan Kayu Lembut (softwood). 

Pada kita yang kurang faham akan perkara ini memadai dengan bertanya kepada penjual perabut dari jenis kayu apa yang digunakan untuk perabot yang berkenan untuk dibeli. Penerangan diberikan dimana perbezaan ciri kayu keras dan lembut ditentukan berdasarkan konvesyen biasa botani manakala pengkelasan tiga kumpulan kayu keras dibuat berpandukan kepadatan bandingan kayu yang kandungan kelembapannya mencapai tahap 15 peratus. Artikel pada waktu tengahari ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis kayu untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.

Pada masa ini ada syarat ini yang tidak membabitkan kategori kayu keras padu yang lebih mengutamakan cari 'tahan lama'. Sebagai contoh jenis kayu merbau misalnya telah pun dikelaskan sebagai kayu keras padu kerana sifat teras kayunya yang tahan lama biarpun kepadatan bandingannya hanya 800 kg/ meter padu. 

Selain itu jenis kayu kempas pula sungguhpun mempunyai kepadatan bandingan paling tinggi iaitu 890 kg/ meter padu, ia dianggap kayu keras pertengahan kerana sifatnya yang tidak tahan lasak. Kini pihak Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dalam majalah Malaysian TimbersFor Furniture telah menyatakan daripada sejumlah 3,000 spesis kayu-kayan tempatan, cuma sebilangan sahaja yang diproses untuk dijadikan perabot. Perabit keluaran Malaysia kini dibuat untuk pasaran domestik malahan telah menembusi pasaran antarabangsa semenjak berpuloh tahun dahulu. 

Selain daripada jenis kayu keras, perabot keluaran Malaysia daripada kayu lembut terutama dari kayu getah yang dirawat mendapat pengiktirafan diperingkat global. Nilai eksport perabot dari Malaysia mencecah billion ringgit setahun semenjak 10 tahun lalu. Banyak kilamg perabut terutama jenis Do0it-Yourself (DIY) kini dipasarkan diseluruh dunia. Sererusmya penulis akan membuat penerangan ringkas beberapa jenis kayu pilihan utama industri pembuatan perabot tempatan.


(1) KAYU NYATOH 
Jenis Nyatoh adalaj Jenis Kayu keras ringan. Nyatoh (Palaquium spp.) adalah pokok hutan dari keluarga Sapotaceae digunakan untuk membuat perabut dalam kategori ringan. Dari segi populari pokok nyatoh direkodkan bahawa ia sering ditemui ditemui di kawasan bertanah rendah, paya air tawar, paya ganbut dan kawasan pergunungan sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. 

Keterangan am kayu nyatoh dimana kayu gubalnya agak jelas dimana warna teras kayu merah jambu pekat atau coklat kemerahan. Lazimnya ira kayu lurus manun jarak antara ira kian rapat hingga ianya bercantum di tengah batang. Turut ditemui ira yang dilihat berombak. 

Kayunya bertekstur rata dan sedikit kasar dimana keratan rentasnya sangat halus hingga dapat dilihat dengan mata kasar. mengenai tahak ketahanan ia dikelaskan sebagai jenis yang tahan lama. Mengenai kegunaan kayu nyatoh adalah paling elok dibuat perabot. Ia juga sering dijadikan kemasan perhiasan bermutu tinggi dan kabinet, panel, pengadang, kumai, lantai parket, geladak atau dek bot dan venier (Sila lihat foto disebelah). Pengguna perlu untuk bertanya penjual sama ada perabut dijual itu benar-benar nyatoh.

(2) KAYU SENTANG
Ia adalah jenis kayu keras ringan dengan nama botani sebagai Azadirachta excelsa daripada keluarga Meliaceae. Pokok kayu sentang secara semulajadi sering ditemui di hutan tanah dan kawasan bukit. 

Bagaimana pun kini telah banyak pokok kayu sentang yang ditanam secara komersil oleh pekebun kecil diseluruh negara. Mengenai keterangan umum kayu sentang dimana kayu gubalnya bercorak lebih jelas berbanding teras kayu. Ia berwarna coklat kemerahan dan selalunya mempunyai ira kayunya berpanca (Sila lihat foto disebelah). 

Selalunya ia mempunyai struktur yang mirip lingkaran cincin dimana ini menyebabkan tekstur kayu kasar dan tidak rata. Dari segi ketahanan kayu jenis ini tidak tahan lama. Kegunaan adalah untuk dijadikan kayu panyambung untuk membuat rangka, perabot, kemasan, panel, pengadang dan lantai.

(3) KAYU KEMBANG SEMANGKOK 
Jenis kayu Semangkok dikelaskan sebagai Kayu keras ringan. Nama Botani bagi kayu ini adalah Scaphium spp daripada spesis keluarga sterculiaceae. 

Pokok kayu ini selalu dijumpai atau ditemui secara berselerak di hutan tanah rendah. Paling banyak terletak di rabung gunung dan kawasan berpaya. Keterangan Am mengenai kayu ini dimana ia adalah kayu gubal dalam pelbagai warna cerah, boleh jadi coklat kekuningan, kuning pucat atau coklat merah (Sila lihat foto disebelah). 

Kayu ini mempunyai ira kayu corak lurus dan berpanca rapat. Tekstur kasar dan tidak rata terbentuk daripada lapisan lebar parankima. Dari segi ketahanan ia adalah aAgak tahan lama. Kegunaan kayu ini banyak diguna dalam pembuatan papan lapis perabot dan panel. 

1 Response to " Tips Tanaman - MENGENAL JENIS KAYU (Part 1) - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com "

close
Click here 2X Close X
kode iklan dfp
Selamat Datang