DURIAN BELANDA (Anona muricata) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang semakin diminati ramai di kalangan petani masa kini. Tanaman durian belanda atau di Indonesia dipanggil 'sirsak' sesuai ditanam di iklim lembab dari dataran rendah hingga dataran tinggi 1,000 meter di atas permukaan laut. Di kawasan tanah rendah beriklim kering ia selalunya dapat tumbuh dan berbuah asalkan air tanah dangkal kurang dari 150 cm. Curahan air hujan yang sesuai antara 1,500 - 2,000 mm/tahun dengan musim kemarau 4-6 bulan. Tahap keasidan tanah (pH) tanah yang baik untuk tanaman durian belanda sekitar 5.5 - 7.0 dimana tumbuhan ini sebenarnya sesuai tumbuh pada semua jenis tanah.Dari beberapa tinjauan yang penulis lakukan, kaedah popular untuk menyediakan benih durian belanda masa kini adalah dengan menyemai melalui biji. Tanaman ini dapat dibiak dengan biji dari buah matang yang dipilih. Pemilihan buah masak dari pokok yang berbuah lebat, tahan penyekit dan cepat berbuah diambil untuk dijadikan benihnya. Benih yang baik akan memberikan pokok yang sihat dan lazimnya akan menghasilkan anakbenih yang banyak dalam waktu singkat. Benih yang berasal dari biji dianggap baik disebabkan ia memiliki akar tunjang cukup kuat tetapi dalam beberapa kes ia kadang kala akan mengalami kelainan ciri semulajadi dari pohon induk ini berlaku 'kacukan silang' semasa proses pembentukkan buah. Penulis dalam menyatakan hal ini menggalakkan agar pemilihan pokok induk yang akan diambil, antara lain buah produktif, berasal dari varietas unggul, memiliki pertumbuhan yang sihat dan umur sebaiknya melebihi dari tiga tahun, bebas dari serangan perosak dan penyakit. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" bagaimana penyediaan anakbenih durian belanda berdasarkan pemerhatian, penelitian dan tinjauan penulis sendiri dan rujukan umum.
Penyediaan benih durian belanda adalah proses penting dalam menentukan petani mendapat anakbenih durian belanda berkualiti. Buah durian belanda diambil dari pokok induk yang dipilih dimana sebaiknya ia bersaiz besar, sihat dan dari buah matang yang bebas penyakit. Kemudian biji benih yang berwarna hitamini perlu dipisahkan dari dagingnya dicuci dengan air. Benih yang bersih kemudian dikeringkan dibawah sinaran matahari (Sila lihat foto disebelah). Penyediaan anakbenih durian belanda boleh dilakukan dengan dua cara. Cara pertama adalah dengan menabur bijibenih kedalam media pasir dan kemudian dialihkan kedalam polibeg atau meletakkan terus kedalam polibeg yang telah ada media tanaman. Bagi cara pertama perlu disediakan tapak semaian menggunakan kotak plastik yang diisi media campuran tanah, pasir dan baja organik (kadar 1:1:1) atau gunakan cocopeat. Biji durian belanda tersebut disemai dengan jarak rapat dengan kedalaman semai 1.0 - 1.5 cm dan kemudian ditutup dengan media semaian tadi. Kelembaban tanah dijaga dengan buat penyiraman dan elakkan dari ia sampai kering atau pun berlaku takungan air. Kemudian setelah benih keluar daun iaitu sebanyak 4 - 5 helai (iaitu berumur 5-6 minggu) maka anakbenih tersebut dipindahkan kedalam polybag yang berisi media tanaman. Pastikan meletak satu anakbenih didalam setiap satu batang tiap polybag. Polybag yang sudah ditanam dengan anakbenih durian belanda disusun berjajar dan diberi naungan yang tidak terlalu rapat. Penjagaan benih meliputi aktiviti menyiram, membaja serta mengawal perosak dan penyakit. Penyiraman dilakukan 2 hari sekali terutama apabila tidak turun hujan. Pembajaan semaian dilakukan setiap 15 hari dengan menggunakan larutan baja NPK sebanyak 10-20g/10 liter air disiramkan 100 cc/polybag. Setelah berumur anakbenih durian belanda berumur 3 - 4 bulan ditapak semaian maka ia sesuai untuk dipindahkan kekebun atau dijual kepada pembeli.
Teknik lain yang boleh digunakan untuk membiakan pokok durian belanda adalah Cara Vegetatif. Kaedah in melibatkan penyediaan batang bawah dimana cara untuk pengusaha perbanyakan cara vegetatif. Ia lazimnya akan memperlukan batang atau dahan pokok yang berasal dari buah varieti unggul pokok durian belanda. Antara ciri diperhatikan adalah pokok tersebut mempunyai keunggulan sifat-sifat tertentu seperti tahan terhadap penyakit layu Fusarium. Cara menyediakan benih dengan kaedah vegetatif sama seperti yang dilakukan pada perbanyakan pokok buah-buahan lain. Dahan yang akan digunakan untuk mengetut (marcotting) atau cantuman sendeng. Sebaiknya dari pokok yang sihat, normal dan saiz sesuai. Potong kawasan mengetut sepanjang 5 cm dengan alat pemangkasan tajam dan bersih. Penyambungan benih durian belanda juga lebih mudah dan lebih berjaya dengan teknik CANTUMAN. Pokok penanti yang telah mencapai sesuai untuk cantuman berumur 4 bulan dan ada daun 6-8 helai atau pada ketinggian 30 cm. Cantuman mata tunas atau cantuman baji boleh dilakukan mengikut kepakaran. Anakbenih durian belanda yang berjaya dicantum perlu diselenggara sehingga sesuai untuk dipindahkan kekebun.
Pada penulis lebih baik membeli sahaja benih durian belanda daripada pembekal bertauliah. Kini terdapat beberapa buah nurseri swasta yang mengikuti program Skim Pengesahan Benih Tanaman oleh Jabatan Pertanian. Benih yang telah disahkan ini melalui beberapa proses pemeriksaan oleh pegawai yang berpengalaman sebelum ianya disahkan sebagai benih durian belanda yang dikehendakki. Pada masa ini benih durian belanda menjadi agak mahal harganya disebabkan oleh permintaan yang tinggi. Dipadar malam dan pasar tani penulis dapati harga sepokok durian belanda saiz sederhana dijual dengan harga diantara RM8.00 - RM15.00 sepokok dan ada yang lebih tinggi lagi jika anakbenih yang dijual tersebut mempunyai bunga atau putik buah. Walau bagaimana pun mereka yang ingin memulakan penanaman durian belanda secara luas dinasihatkan pergi keladang pokok durian belanda matang yang berhasil dan dapatkan buahnya dan ambil bijinya untuk diproses mengambil bijinya dan disemai bagi mendapatkan pokok yang berkualiti. Diharap artikel kali ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!..
BENIH POKOK... DURIAN BELANDA...
DARI BIJI... ITU CARA PALING BIASA...
TEKNIK MENCANTUM...BOLEH CUBA...
HASIL KELUAR... PETANI GEMBIRA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Durian Belanda,
Kg Ladang, Jerantut,
Pahang, Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1437H)

0 Response to " Tips Tanaman - SEDIA BENIH DURIAN BELANDA - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com "
Posting Komentar