Bidalan DARAH DAGING memang amat sering kita dengar dan kadangkala ia digunakan dikalangan masyarakat kita. Peribahasa atau bidalan ini memberi makna sebagai "Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri". Ia dicipta oleh bijak pandai Melayu semenjak dahulu kala dimana mereka mengaitkan 'darah' dan 'daging' dimana keduanya memang tidak boleh dipisahkan. Mungkin ahli-ahli bahasa dulu sering melihat aktiviti menyembelih haiwan ternakan terutama semasa acara Korban atau Aqiqah yang dibuat dikampong secara bergotong-royong serta melapah daging lembu. Masyarakat kita terlibat dan melihat semasa memotong daging tersebut akan kelihatan darah. Kemudian mereka gunakan darah yang ada pada daging sebagai hubungan rapat seperti didalam kekeluargaan sendiri yang meliputi anak beranak, sanak saudara dan sehingga kepada cucu cicit daripada keturunan yang sama. Ahli keluarga ini mempunyai hubungan rapat kerana mempunyai talian hubungan darah dalam badan mereka dan sepatutnyalah mereka sentiasa tolong menolong, bantu membantu dalam apa juga keadaan demi keturunan mereka. Peribahasa ini penulis rasakan amat mudah difahami dan digunakan selalu kerana ia memang sangat signifikan penggunaannya. Ada dikalangan keluarga besar yang kini membuat perhimpunan kekeluargaan sehingga mengumpulkan sampai lebih 1,000 orang sanak saudara yang merupakan 'darah daging' kepada mereka. Penulis sendiri pernah terlibat dengan 'Perhimpunan Dol-Fatah" di Kg Air Hitam, Muar, Johor sekitar tahun 2003 melibatkan lebih 1,200 orang dengan melibatkan dari 3-5 generasi. Perhimpunan yang bersejarah ini mengumpulkan sanak saudara diseluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia. Itulah satu-satunya majlis perhimpunan yang amat besar melubatkan 'darah daging' yang penulis pernah lalui dan menjadi kenangan. Apa pun artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai darah dan daging secara lebih teknikal sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
Darah (Blood) adalah bendalir yang berwarna merah dan terdapat dalam semua haiwan. Darah berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien dan hormon. Darah juga terlibat dalam sistem imunisasi menentang pelbagai jenis penyakit. Nama darah sering dikaitkan dengan perubatan berkait dengan darah bermula dengan hemo- atau hemato. Kita manusia mempunyai darah dalam bentuk cecair dimana jika terluka ia akan mengalir keluar (Sila lihat foto disebelah). Darah pada badan kita berfungsi terutama untuk tujuan mengangkut oksigen diperlukan untuk diedarkan diseluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan perkumuhan dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi. Ini adalah bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah. Darah manusia berwarna merah atau merah terang apabila ada oksigen kepada merah tua apabila darah tiada oksigen. Warna darah merah ini disebabkan oleh kandungan hemoglobin, protein pernafasan (respiratory protein). Darah akan beredar dalam saluran darah dan dihantar dan kitarkan oleh jantung melui proses pam otot yang tidak berhenti selagi manusia hidup. Darah melalui paru-paru untuk dimasukkan bahan oksigen dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkan oksigen keseluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapillari. Darah kemudian kembali ke jantung melalui vein. Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing. Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel (corpuscle) yang membentuk 45% bahagian daripada darah. 55% yang lain adalah plasma darah, cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah. Korpuskel adalah dari bahan sel darah merah atau erythrokytes (sekitar 99%). Korpuskel tidak mempunyai nukleus sel dan organelle, dan tidak dianggap sebagai sel dari segi biologi. Korpuskel mengandungi hemoglobin dan mengedarkan oksigen. Sel darah merah juga bertanggung jawab bagi sistem jenis darah. Platelet atau thrombokytes (0.6 - 1.0%), bertanggungjawab untuk pembekuan darah. Sel darah putih atau leukokytes (0.2%), merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi; dan bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan.
DAGING LEMBU (Beef) adalah sejenis produk dihasilkan daripada ternakan lembu pedaging yang terdiri daripada jaringan otot yang diperolehi daripada lembu yang biasa dan umum ada digunakan untuk keperluan makanan. Sila baca artikel berkaitan potongan daging lembu dalam tulisan sebelumini (Sila klik disini). Saya dapati cara penggunaan daging lembu ini berbeza-beza iaitu ia bergantung kepada cara pemotongannya dan kegunaannya. Sebagai contoh saya dapati daging rusuk, daging Batang Pinang dan T-Bone sangat banyak digunakan sebagai bahan mentah untuk masakan Stik (Steak). Bagaimana pun di kawasan Asia dan Asia Tenggara termasuk Malaysia, kebanyakan daging lembu banyak digunakan sebagai makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang, kari daging, masak kuzi, sate dan juga rendang. Dikalangan orang kita juga saya dapati mereka menggunakan bahagian daging lembu lain contohnya lidah, hati, perut, kulit dan daging punggung sebagai bahan makanan. Kita jumpa sate perut, sate hati, sate lembu dan sebagainya sebagai makanan eksotik. Itu merupakan makanan yang ramai rakyat Malaysia suka. Saya kali ini tertarik dengan potongan bahagian-bahagian daging lembu setelah menghadiri satu perbincangan dengan Bahagian Kawalan Harga Sempena Perayaan Hari Raya baru-baru ini di Putrajaya yang menyatakan harga kawalan daging ini sebaiknya mengikut potongan bahagian keratan daging. Diharap artikel ini memberi penerangan yang berguna untuk anda faham akan teknikal mengenai darah dan daging serta bidalan 'darah daging'. Peribahasa darah daging masih digunakan dibilik darjah, ucapam umum dan juga dalam kumoulan wasap masa kini. Wasallam!.
DAGING TERNAKAN...DARAH ADA...
PERLU DIBERSIHKAN...DIGUNA...
SERING DIGUNA...PERIBAHASA...
HUBUNGAN...SANAK SAUDARA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(3 Safar 1437H)
Kemaskini pada 5 April 2016
Kemaskini pada 5 April 2016
0 Response to " Tips Tanaman - DARAH DAGING - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com "
Posting Komentar