DFP 1 Tips Tanaman - JAGUNG BIJIRIN - CATITAN DI USA - Sitnoolo.blogspot.com | sitnoolo.blogspot.com

Tips Tanaman - JAGUNG BIJIRIN - CATITAN DI USA - Sitnoolo.blogspot.com

Bawah Judul
inartikel
JAGUNG BIJIRIN (Grain corn) merupakan tanaman jagung khusus untuk dihasilkan bagi makanan ternakan dan juga diproses pelbagai produk lain seperti dijadikan minyak jagung, makanan berasaskan jagung dan sebagainya. Antara beberapa negara yang luas menanam jagung seperti USA, China, Argentina dan Eropah. Daripada laporan FAO, antara bijirin (cereal) yang popular ditanam adalah Jagung, Shorgum, Barli dan Oats

USA merupakan salah satu pengeluar utama jagung bijirin didunia yang meliputi kegunaan sebanyak lebih 95% untuk bahan makanan ternakan bagi kegunaan domestik dan eksport. Kini terdapat lebih dari 90 juta ekar (36.4 juta ha) kawasan ditanam jagung. 

Antara kawasan utama penanaman komoditi jagung adalah dikawasan Heartland, Tengah USA. Majoriti hasil jagung dijadikan komponen utama untuk makanan ternakan (ingredient in livestock feed). Jagung juga dijadikan kanji jagung, minyak jagung, pemanis (sweeteners), beverage dan alkohol industri serta bahan bakar ethanol. 

United States kini merupakan pemain utama dalam perdagangan jagung terutama jagung bijirin dengan menguasai jumlah eksport sekitar 10-20% daripada pasaran eksport jagung dunia. Jagung Bijirin merupakan 96.6% pengeluaran bijirin di USA pada tahun 2015/2016 diikuti dengan pengeluaran shorgum (2.7%), Barli (1.3%) dan Oats (0.5%. 

Jagung ditanam hampir diseluruh negeri di USA dengan negeri seperti Iowa, Illinois, Indiana, South Dakota, Nebraska, Western Kentucky dan Ohio serta Missouri) menjadi tumpuan. Iowa dan Illinois merupakan merupakan kawasan penanaman utama dengan 2/3 dari keseluruhan kawasan pengeluaran jagung di USA terletak didua lokasi ini. Artikel subuh Ahad ini mengenai penanaman dan industri jagung terutama jenis jagung bijirin di USA sebagai sebuah negara utama yang mengeksport jagung ini keseluruh dunia sebagai satu bahan rujukkan.

Dasar kerajaan melalui Federal Agriculture Improvement and Reform Act of 1996, maka penanaman jagung di USA terus meningkat daripada seluas 60.2 juta ekar (24.4 juta ha) pada 1983 kepada 90 juta ekar (36.4 juta ha) pada tahun 2015. Dasar ini membolehkan petani memilih tanaman jagung sebagai tanaman yang paling menguntungkan dalam tahun tertentu. Petani yang menanam cereal lain seperti shorgum, barli dan oats telah terus berkurang jumlahnya saban tahun akibat keuntungan yang kurang berbanding dengan jagung bijirin. 

Jumlah ladang jagung dengan keluasn melebihi 500 ekar (202.4 ha) kini lebih banyak bilangannya dan juga ladang tanaman jagung yang keluasannya kurang dari 500 ekar semakin berkurangan. Ini menunjukkan trend penanaman jagung terutama untuk bijirin mesti moden dan luas dengan kelengkapan sistem penanaman menggunakan jentera dan kurang guna tenagakerja manusia untuk menguruskannya. Penghasilan jagung bagi setiap hektar terus meningkat setiap tahun dengan ujudnya peningkatan teknologi yang digunakan. 

Antara teknologi baru diperkenalkan seperti penggunaan varieti benih baik, baja, racun serangga dan sistem mekanisasi ladang yang cekap. Aplikasi teknologi pengeluaran yang cekap ini termasuk pengurangan proses penyediaan tanah (reduced tillage), sistem pengairan cekap, penggiliran tanaman dan pengurusan perosak dan penyakit yang cekap. Penggunaan jagung varieti jagung hibrid baru dengan jangkamasa tanaman pendek telah diperkenalkan termasuk mungkin Jagung GMO. 

Pada masa sama ujud permintaan terhadap bahan Ethanol menyebabkan harga lebih tinggi terhadap jagung sebagai satu insentif kepada petani. Ini menyebabkan petani akan menggilirkan tanaman diantara jagung dengan kacang soya dimana akhirnya penanaman kacang soya akan terus berkurangan. Selain itu beberapa kawasan padang ragut, kawasan ladang kecil-kecilan dan kawasan tanaman kapas telah bertukar kepada ladang penanaman jagung kerana harga dipasaran dan permintaan jagung yang tinggi didunia.

Jagung adalah tanaman serbaguna iaitu untuk Makanan (Food), Benih (Seed) dan Industri (Industry) atau singkatannya FSI. Konsep FSI ini yang berkait rapat dengan jumlah haiwan ternakan yang perlu diberi makanan yang berkaitan seperti lembu, ayam dan babi. Ketiga-tiga ternakan ini diberikan makanan jagung sebagai makanan utama iaitu sumber protin (Sila lihat foto disebelah). Jumlah jagung yang digunakan kepada sektor ternakan ini bergantung kepada harga jagung dipasaran serta ketersediaan bekalan. Ini kerana sebarang kenaikan harga jagung akan seterusnya menentukan kos pengeluaran industri ternakan di USA dimana ia seterusnya menentukan kos daging itu sendiri yang perlu ada pihak untuk menyelaraskannya. 

Jika bahan jagung ini mahal maka percampuran ingridient bahan untuk makanan akan diubahsuai agar penternak tidak mengalami kerugian sebaliknya dapat keuntungan yang sedikit bagi mengelakkan kerugian serius. Akibat pengeluaran Ethanol terus meningkat maka pengeluaran bahan berasaskan ethanol juga akan terus meningkat. Kedua-dua proses 'Dry Milling' dan 'Wet Milling' ethanol akan mengujudkan pelbagai by-produt lain yang ekonomik. 

Antaranya adalah seperti bahan DDGS (distillers dried grains with solubles) yang merupakan salah satu bahan utama dalam memproses makanan ternakan. Di USA lazimnya kedua-dua industri Lembu Tenusu dan Lembu Pedaging menggunakan bahan DDGS sebagai bahan makanan utama ternakan ini. Walau bagaimana pun akibat tahap pengeluaran bahan DDGS ini meningkat maka sektor ternakan lain seperti babi dan ayam juga menerima faedah. 

Jagung di USA juga diproses untuk dijadikan bahan makanan manusia dan sektor industri yang lain. FSI ini telah memproses jagung dengan membekalkan 1/3 daripada keperluan produk makanan domestik dinegara tersebut. Dengan cara memproses jagung sama ada 'Wet Milling - WM' atau 'Dry Milling - DM' kedua-duanya selalu menghasilkan produk akhir seperti yang dikehendakki. Kaedah WM mampu menghasilkan jagung kepada sirap Jagung High Fructose, Glukos, Dextrose, Kanji, Minyak Jagung, Beverage, Alkohol dan Bahanapi Ethanol. 

Sementara itu proses DM akan menukarkan jagung kepada produk seperti Corn Flakes, Tepong Jagung, Corn Grits, Corn Meals, Grit untuk dibuat Beer dan sebagainya. Kadar permintaan untuk produk makanan berasaskan jagung terus meningkat dimana ini disebabkan oleh bertambahnya penduduk Latin Amerika di USA serta faktor pertambahan penduduk. 

Pada masa hadapan permintaan makanan berasaskan jagung dijangka akan terus meningkat dengan ketara dengan pertambahan penduduk dunia. Aktiviti proses penyelidikan terhadap penanaman jagung, pembiakbakaaan jagung dan aktiviti pemproses byproduct jagung bagaimana pun kini diteruskan di USA dengan serius untuk mengatasi masaalah krisis kekurangan makanan. Petani di USA layak menerima beberapa insentif daripada kerajaan dengan menanam jagung dan melindungi kepentingan industri ini. 

Antara insentif ini termasuk insentif kawalan harga fleksibel, insentif bayaran balik hutang, insentif pinjaman, insentif kerosakkan akibat bencana alam serta insentif Insuran Tanaman (Crop insurance). Peranan kerajaan juga berkait dengan menyediakan prasarana dalam industri alkohol di negara tersebut. Penguatkuasaan Fi import, bayaran Duti dan Kuota Import juga dijalankan oleh kerajaan USA dalam industri jagung ini sebagai usaha meningkatkan dan juga melindungi industri tanaman jagung mereka. 

Sebagai contoh kempen menggunakan bahan bakar berasaskan ethanol untuk kenderaan dilaksanakan. Jagung Bijirin merupakan komponen terbesar dalam perdagangan dan pasaran bijirin global. Mengikut saiz pasaran dunia, selepas jagung adalah Sorgum, Barli, Oat, Rye, Millet dan bijirin campuran lain. Malaysia adalah negara pengimport jagung bijirin dengan nilai mencecah RM3.2 billion (RM3,200 juta) yang telah direkodkan pada tahun 2015. Ini tidak termasuk nilai import RM2.3 billion untuk kacang soya. Kajian mendapati untuk mengeluarkan jagung sebanyak ini Malaysia perlu menanam 400,000 hektar jagung. 

Bagaimanakah dan dimana kita merancang untuk mengatasi masaalah ini?. Pelancaran penanaman jagung bijirin varieti GWG111 dan GWG 888 oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Kg Dadong, Kemaman, Terengganu pada Ahad 26 Jun 2016 akan membuka lembaran baru sejarah industri ini di Malaysia (Sila lihat foto dibawah). Fikirkan... Wasallam!!!.



0 Response to " Tips Tanaman - JAGUNG BIJIRIN - CATITAN DI USA - Sitnoolo.blogspot.com"

Posting Komentar

close
Click here 2X Close X
kode iklan dfp
Selamat Datang