DFP 1 Tips Tanaman - LIMAU PURUT-LEMON - Sitnoolo.blogspot.com | sitnoolo.blogspot.com

Tips Tanaman - LIMAU PURUT-LEMON - Sitnoolo.blogspot.com

Bawah Judul
inartikel
LIMAU PURUT-LEMON (Citrus spp) merupakan sejenis varieti Limau yang kini telah dikomersilkan sebagai sejenis buah citrus yang berpotensi tinggi. Penulis telah melawat sebuah kebun yang menanam Limau Purut Lemon ini di Kg Sungai Jerik, Maran, Pahang dan dapat melihat bagaimana tanaman ini berjaya menghasilkan buah limau lemon secara komersil. Menurut petani iaitu Encik Tan beliau mendapatkan benih limau purut lemon daripada Australia dan kini ditanam seluas 0.5 hektar.  Pokok yang berumur 3 tahun lebih ini telah mencapai ketinggian sekitar 12 -15 kaki dengan dahan yang dibiarkan merimbun tanpa dibuat cantasan. Cantasan pembentukkan hanya dibuat pada tahun pertama sahaja untuk mendapatkan sistem percabangan yang seimbang. Petani ini percaya dengan sistem amalan penjagaan yang baik seperti sistem pengairan sempurna dan pembajaan yang cukup memang membolehkan limau purut lemon ini dapat menghasilkan buah yang banyak. Kelebihan pokok varieti purut lemon yang ditanam ini adalah dimana ia ada sistem bentuk percabangan dan daun yang lebih mirip dengan pokok lemon tetapi buahnya yang besar dengan mengerutu seperti buah limau purut (Sila lihat foto diatas). Ia menghasilkan buah yang banyak dengan dapat memberikan 'aroma kuat' limau purut bersama aroma limau lemon. Pada penulis aroma ini memang sangat kuat sehingga apabila dibawa masuk dalam kereta pun harum baunya amat kuat mengalahkan 'air freshner' sedia ada didalam kereta. Tanaman limau purut lemon ini ditanam bercampu dengan beberapa tanaman lain yang terdapat dalam kebun seluas 6 hektar seperti durian belanda dan jambu air. Artikel subuh selepas sahur puasa hari ke 2 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman Limau Purut Lemon yang mempunyai potensi baik untuk diusahakan.

Tanaman limau purut lemon ini banyak menghasilkan bunga sepanjang tahun. Ia agak berkurangan hanya semasa musim hujan sekitar November - Awal Januari setiap tahun. Jambak bunga yang keluar dari pucuk ranting berwarna putih dan selalu menghasilkan aroma kuat (Sila lihat foto disebelah). Bunga ini amat disukai oleh Kelulut (Trigona itama dan Trigona thoracica) yang diternak oleh petani. Kehadiran kelulut ini bukan sahaja menghasilkan madu yang wangi malahan juga mampu mendebungakan limau purut lemon dengan cekap. Terdapat 12 buah sarang kelulut yang diletakkan disekitar tanaman limau ini. Melihat kepada bentuk daun limau ini amat berbeza dengan daun limau purut biasa dan perbezaan ini amat jelas signifikan. Bentukknya menyamai daun limau lemon tetapi ada lekukan kecil pada pangkal daun tidak seperti limau purut yang lazimnya berbentuk nombor '8'. Anda boleh baca artikel tulisan saya mengenai limau purut dengan pautan Herba Limau Purut (Sila Klik Disini) dan Varieti Limau Purut  (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Limau purut lemon ini boleh dikomersilkan untuk buahnya dan juga daunnya. Apa pun petani ini hanya mengutip buahnya sahaja untuk dipetik dengan bantuan 6 orang pekerja ladang. Beliau juga merupakan penanam durian belanda yang amat berjaya dikawasan bersebelahan.

Dalam penulis menemubual petani, Encik Tan menyatakan pengurusan dan penjagaan tanaman ini perlu dilakukan dengan baik dari peringkat awal penanaman. Pemilihan benih yang baik dan sistem pengairan titis dari sumber air hutan bersebelahan telah juga membolehkan pokok ini mula berhasil kurang dari 1 tahun selepas ditanam. Hanya cantasan pembentukkan awal dilakukan untuk mendapatkan percabangan seimbang. Kini pokok tidak dicantas lagi kerana setiap pucuk ranting akan menghasilkan jambak bunga. Baja yang diberikan adalah baja buah 12:12:17:2 dan ditambah dengan baja organik. Penggunaan baja 'Fish Meal Liquid' pada tanaman limau ini membolehkan ia berbuah sepanjang tahun. Encik Tan selalu memeriksa tanaman limau ini dari serangan perosak dan penyakit yang berkemungkinan menyerang (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya kerajinan petani yang kerap memeriksa tanaman memang perlu untuk menjadikan tanaman buah-buahan akan berhasil dengan baik. Banyak masa beliau selalu habiskan dikebun daripada bersama dengan ahli keluarga. Dakwanya untuk berkebun dengan berjaya seseorang itu perlu ada komitment, ilmu poengetahuan tinggi, modal mencukupi dan jaringan dengan mereka yang aktif dalam sektor ini.

Buah limau purut lemon yang matang akan dipetik setiap dua hari dengan memilih buah matang dan dimasukkan dalam bakul plastik. Penulis dapati tidak ada serangan Lalat Buah (Daucus spp) atau lain-lain serangga pada putik buah dikebun (Sila lihat foto disebelah). Satu ranting selalunya ada 3-5 biji buah limau purut lemon yang berwarna hijau dan kulitnya mengerutu. Semua limau purut ini dikumpul dan digredkan dalam pusat pengumpulan. Ia akan dihantar kepasar borong Selayang, Selangor dengan purata harga RM5.00 - RM7.00 sekilogram. Menurutnya selain daripada digunakan untuk bahan masakkan, limau purut lemon ini digunakan untuk kegunaan keagamaan dan sebagainya. Apa yang pasti penulis dapati limau ini amat berjus (juicy) berbanding dengan limau purut biasa dengan kombinasi aroma limau purut dan limau lemon. Ia juga amat sesuai dbawa dalam kereta dan dipicit untuk mendapatkan aroma sebagai 'air freshner' yang harum. Pemborong di pasar borong Selayang, Selangor akan sentiasa menghubungi En Tan kerana buah limau purut lemon ini selalu mendapat permintaan yang tinggi. Usaha petani ini menanam limau purut lemon ini secara komersil boleh dicontohi oleh petani lain. 

0 Response to " Tips Tanaman - LIMAU PURUT-LEMON - Sitnoolo.blogspot.com "

Posting Komentar

close
Click here 2X Close X
kode iklan dfp
Selamat Datang