DFP 1 Tips Tanaman - FISH MEAL SOLUTION - APA HEBATNYA? - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com | sitnoolo.blogspot.com

Tips Tanaman - FISH MEAL SOLUTION - APA HEBATNYA? - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com

Bawah Judul
inartikel
FISH MEAL SOLUTION (Larutan Baja Ikan) merupakan satu produk yang jarang diketahui oleh kebanyakkan petani tradisional. Baja ikan (Fish Meal) boleh didapati dalam bentul Pepejal, Hydrolysed Fish Meal dan Liquid/ Emulsion Fish Meal. Fish Meal ini dalam bentuk pati ikan ini banyak dihasilkan oleh negara-negara yang industri perikanan mereka maju dan menjadikan produk ini sebagai satu hasilan laut untuk prlbagai kegunaan termasuk dijadikan Baja Organik. Fish meal adalah jenis baja ikan yang sesuai digunakan dalam aktiviti tanaman makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia merupakan jenis baja asli yang tertua (oldest natural fertilizer) sejak zaman purba Mesir telah digunakan. Ia sesuai diguna sepanjang tahun, baik untuk pemuliharaan tanah (soil builder) dan 100% dijamin selamat dan sesuai untuk menjaga kesihatan pengguna. Baja Fish Meal ini mengandungi bahan nutrien organik tinggi (NPK) seperti sekitar 10:2:2 untuk beberapa produk komersil dipasaran. Apa yang penting ia mengandungi tinggi bahan kandungan Mikronutrien dan Makronutrien selain daripada unsur Asid Amino, Vitamin termasuk Vitamin B-Kompleks. Ia boleh tersedia dalam tanah selapas aplikasi pembajaan dengan Fish Meal iaitu jenis 'Slow Release' sekitar 30-60 hari bergantung kepada jenis tanah dan tanaman. Kini penulis telah bertemu dengan beberapa orang penanam sayur dan buah-buahan telah menggunakan jenis Fish Meal Solution (Liquid/Emulsion) sebagai satu pilihan yang tepat. Baja ini yang dibuat daripada isi dan tulang serta komponen ikan kaya dengan nutrien yang amat diperlukan untuk kehidupan tanaman dan mikroorganisma. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis produk Fish Meal Solution sebagai satu baja yang amat sesuai digunakan dikalangan petani komersil di Malaysia.

Dinegara kita bekalan Fish Meal Solution atau Emulsion agak kurang dijual atau dikilangkan. Produk yang penulis dapati diguna oleh seorang pemilik dusun di daerah Maran dimana beliau mengimport bahan baja ini daipada Jepun dengan harga sekitar RM1,800 - RM2,000 satu tong drum (200 liter). Pada tong drum warna biru tersebut hanya ditulis 'Fish Meal Solution' iaitu pekatan yang diperbuat daripada isi, tulang, darah dan bahan ikan laut. Seterusnya larutan ini diambil sedikit demi sedikit dan dimasukkan dalam tong plastik biru dimana ia dicampur dengan beberapa bahan organik lain untuk direputkan (Sila lihat foto disebelah). Cecair yang berbau hanyir seperti bau ikan amat kuat dan ia disukai oleh pelbagai jenis serangga termasuk lalat, tebuan dan lebah yang berkunjung kepada topng tersebut menghisap airnya. Kucing dan anjing juga datang untuk menikmati rasa protin pati ikan yang terdapat dikebun ini. Ia merupakan satu proses yang biasa dilakukan diladang ini kerana mirip kepada perladangan organik. Baja organik ini akan dimasukkan dalam sistem pengairan atau terus dituang dipangkal pokok durian belanda, pokok salak sabah, Limau purut lemon dan pokok durian D197 (Musang King) dikebun seluas 6 hektar. Dikebun ini juga racun rumpai memang tidak digunakan sama sekali kerana cara kawalan rumpai hanya menggunakan mesin potong rumput sandang (Brushcutter). Dakwanya penggunaan racun rumput akan membunuh banyak mikrob dalam tanah yang sangat penting untuk kesuburan tanah.

Antara kandungan fish meal solution dari beberapa bahan rujukkan adalah sekitar 70% protin, 9% lemak, 12% bahan mineral bergantung kepada jenis ikan yang digunakan sebagai bahan asas. Ada juga produk yang mengandungi bahan protin sekitar 66%, 5% lemak dan 21% bahan mineral yang dijual dipasaran. Bahan ini amat elok untuk dijadikan baja kerana protin tersebut akan menjadikan mikrob dan hidupan lain dalam tanah seperti cacing untuk hidup dan menyuburkan tanah. Apa yang penulis terkejut melihat satu tong biru yang ada larutan fishmeal ini dikunjungi oleh beberapa ekor lebah dan tebuan diatas tong tersebut (Sila lihat foto disebelah). Baja Fismeal merupakan baja orgaik yang mengandungi unsut Nitrojan, Posforan dan Kalium (NPK) yang sedia diambil oleh tumbuhan dan ini akan menyeimbangkan nutrisi untuk kedua-dua tanah dan tumbuhan. Laporan dinyatakan kandungan unsur Nitrojan dalam bentu cecair sehingga 11% sementara dalam fishmeal kering sekitar 5%. Baja ini bertindak cepat diambil tumbuhan untuk kegunaan pelbagai jenis tanaman termasuk sayuran, bungaan dan buah-buahan. Sekali membubuh baja ianya boleh bertahan sehingga 4-5 bulan dalam tanah serta selamat digunakan. Ia sesuai juga dijadikan bahan campuran semasa membuat kompos.

Penggunaan baja fish meal dikawasan tanaman durian belanda menunjukkan kesan positif dalam penghasilan buah. Dari kiraan penulis setiap pokok duria belanda (Annona muricata) yang ditanam menghasilkan buah berperingkat (Sila lihat foto disebelah). Baja fish meal ini disiram dipangkal kanopi pokok durian belanda dengan kadar 1-2 liter sepokok. Diperiksa tanah dibawah pokok amat subur dengan banyak kelihatan tahi cacing dibawahnya menunjukkan ia menyuburkan tanah. Setiap pokok didapati menghasilkan sebanyak 100 biji buah durian belanda yang dituai setiap satu minggu sekali. Buah yang dihasilkan tiada masaalah busuk atau rosak seperti pokok lain yang penulis pernah lawati. Isi buah juga manis kerana ia dijaga dengan baik serta ada sistem pengairan tuitis yang baik. Buah durian belanda ini dijual dengan harga RM8.00 sekilogram untuk Gred A dan RM6.00m sekilogram untuk gred B. Gred lain dijual dengan harga RM5.00 sekilogram. Buah ini dihantar ke Pasar Borong Selayang dan mempunyai permintaan yang baik sepanjang 4 tahun lepas. 

Melihat kesan pengguanaan baja larutan fish meal ini, penulis ditunjukkan petani dengan kesannya terhadap pokok kelapa sawit. Dua buah pokok sawit dikawasan pusat pengumpulan hasil menunjukkan ia mengeluarkan akar baru yang aktif (Sila lihat foto disebelah). Pokok tersebut juga dilihat memberikan tandan buah yang yang besar dan banyak berbanding banyak pokok lain yang berada disekelilingnya. Pokok kelapa sawit yang diberikan rawatan juga dilihat mempunyai warna daun lebih gelap, bilangan daun yang banyak dan batang pokok lebih besar. Hasil dari lawatan dan pemerhatian penulis terhadap kesan baja ikan ini amat signifikan. Mungkin ada kemungkinan penggunaan baja ini boleh digalakkan kepada petani lain yang mampu dan mempunyai pengetahuan menggunakannya. Pada penulis perladangan organik ini amat mempunyai masa depan yang baik dimasa akan datang. 

Pokok Durian Belanda yang subur dengan baja Fish Meal.

0 Response to " Tips Tanaman - FISH MEAL SOLUTION - APA HEBATNYA? - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com "

Posting Komentar

close
Click here 2X Close X
kode iklan dfp
Selamat Datang