Dedalu dewasa memang menghasilkan manisan nektar dalam bunganya. Ia juga menjadi sumber makanan kepada banyak jenis serangga dan haiwan lain termasuk burung. Pemerhatian mendapati terdapat beberapa spesis burung pemakan madu yang sering mengunjungi pokok dedalu untuk menghisap nektar ini. Burung Kelicap merupakan spesis burung pemakan nektar yang aktif mengunjungi pokok dedalu. Burung kelicap yang berbadan kecil juga sering mengunjungi jantung pisang untuk mendapatkan manisan. Dalam beberapa perbincangan dengan Dr Hendra daripada Tropical Fruit Institute, Bogor, Indonesia, beliau ada mennyatakan penyebaran penyakit Moko Disease atau Blood Disease pokok pisang memang dilakukan oleh burung kelicap. Pokok pisang nipah antara jenis pisang paling disukai oleh burung kelicap kerana ia menghasilkan nektar yang banyak dan aroma yang kuat. Burung Kelicap Bunga dan Burung Kelicap Bukit merupakan jenis kelicap yang sering menyedut manisan daripada pokok dedalu (Sila lihat foto disebelah). Ia akan mengunjungi bunga dedali sejak pagi sehingga petang beberapa kali dan membawa bersama benih dedalu pada badannya. Ini didakwa merupakan satu asas penyebaran benih dedalu kepada pokok lain.
Burung kelicap sebagai burung penghisap manisan adalah signifikan sebagai penyebar benih dedalu. Burung ini aktif pada siang hari dengan terbang laju dicelah-celah ranting dedalu untuk hinggap. Burung ini dilindungi daripada dibunuh oleh pihak berkuasa kerana ia adalah salah satu jenis burung yang cantik dan sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Ia terbang dengan laju daripada satu pokok kesatu pokok lain dengan menghasilkan bunyi jelas yang penulis memang biasa mendengarnya semasa zaman kanak-kanak dikampong dahulu. Paling biasa penulis lihat burung kelicap datang pada bunga jampu air dan jambo bol semasa musim bunga mekar. Rupanya burung pemakan manisan ini memang berkunjung pada banyak bunga yang menghasilkan manisan dan dianggap sebagai agen pendebunggan yang berkesan. Kalau sudah hampir pasti burung kelicap merupakan salah satu daripada agen menyebar benih dedalu apakah cara terbaik untuk mengawal penyebaran benih dedalu ini?. Ada orang kampong dahulu yang suka melastik burung krlicap ini sebagai hobi. Melastik burung kelicap merupakan hobi yang amat menyeronokkan kapada remaja. Mereka berlakan siapa yang akan dapat dahulu. Bagaimana pun kaedah menembak burung ini dengan senapang burung mungkin salah satu kaedah kawalan yang boleh difikirkan. Memasang getah pelekat pada tanting kayu juga boleh dilakukan agar burung kelicap ini melekat. Memasang jaring dikawasan dusun didapati berkesan memerangkap burung kelicap, kelawar serta haiwan perosak dusun buah-buahan.
Pokok dedalu perlu dimusnahkan jika telah berada dalam kebun. Walau pun kehadiran dedalu ini memerlukan pengawasan kebun yang kerap dilakukan. Penyebaran akan lebih cepat berlaku jika pokok dedalu induk telah berbunga dan berbuah dan sering dikunjungi burung kelicap. Pokok dedalu matang akan menghasilkan bunga dan buah dengan banyak pada satu ranting (Sila anda lihat foto disebelah). Selain itu penyebaran benih dedalu boleh dilakukan oleh serangga dalam pokok sama seperti semut, kerengga, rama-rama dan sebagainya yang sama-sama berebut menisan pada pokok dedalu. Sebaiknya jika telah terdapat pokok dedalu dikebun ianya perlu segera dipotong dan dimusnahkan. Benih dedalu mampu menyerang banyak jenis tumbuhan lain disekelilingnya dan ia perlu dikurangkan kes=kes dan punca penyebarannya. Adalah menjaadi satu tanggungjawap petani untuk selalu membuat pemantauan didusunnya mengenai kehadiran dedalu. .
0 Response to " Tips Tanaman - DEDALU - PENYEBARAN - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com "
Posting Komentar