TANAMAN PADI (Oryza sativa) di Malaysia merupakan satu industri yang penting kerana ia membekalkan beras kepada rakyat Malaysia sebagai makanan ruji. Tanaman padi merupakan tanaman yang ketiga terpenting di negara kita selapas tanaman kelapa sawit dan getah terutama untuk padi sawah. Tanaman padi bukit kini semakin kurang popular dan hanya ditanam oleh penduduk pribumi dikawasan pendalaman di Semenanjung Malaysia dan di Sabah serta Sarawak. Seluas lebih daripada 600,000 hektar kawasan padi sawah menghasilkan sebanyak 70% keperluan beras di Malaysia. Keperluan beras negara direkodkan pada tahun 2014 adalah sebanyak 700.7 mt yang mana sekitar 30% adalah diimpot daripada negara jiran. Tanaman padi merupakan tanaman yang paling banyak menerima kemudahan subsidi dari kerajaan untuk mempastikan ia masih diusahakan demi keselamatan dan juga kedaulatan makanan negara. Kepentingan tanaman padi memang tidak boleh dinafikan kerana jika tidak ada beras maka negara akan mengalami masaalah kekurangan bahan makanan asasi. Pemerhatian penulis dari beberapa laporan mendapati kadar perkapita sebanyak 85 kg seorang setahun (2006) dan dijangka akan meningkat kepada 100 kg seorang setahun pada tahun 2013 dan kepada 120 kg seorang pada 2016. Ini merupakan satu cabaran penting disektor pertanian kerana banyak kawasan tanah sawah telah diancam oleh proses perbandaran, penukaran kepada tanaman lain dan juga produktiviti yang perlu ditingkatkan. Penulis selama 35 tahun ini telah melalui proses 'kehilangan' tanah sawah padi akibat banyak faktur. Oleh itu pengenalan banyak baka padi baru sehingga kini dapat mengimbangkan penghasilan padi dalam negara. Kalau dahulu pesawah hanya menanam padi sekali setahun dengan produktiviti kurang dari 1 mt sehektar kini telah ada kawasan jelapang utama padi di Malaysia yang mampu menghasilkan padi sehingga maksima 10 mt sehektar. Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab dalam industri padi dinegara ini. Mereka adalah Seksyen Industri Padi Dan Beras (IPB) yang berada di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya. Artikel malam ini saya menulis mengenai peranan mereka dalam "Anim Agro Technology" agar orang ramai tahu peranan mereka.
Seksyen Industri Padi Dan Beras (IPB) merupakan bahagian yang merancang, melaksana dan memantau industrii padi negara. Dibawahnya terdapat banyak unit yang mempastikan industri ini terus dijaga dan rakyat dijamin mempunyai bekalan beras mencukupi. Beberapa jabatan dan agensi yang terlibat terus dengan tanaman padi seperti Jabatan Pertanian, MARDI, BERNAS, LPP, AgroBank, BPSP (Bahagian Saliran dan Saliran Padi) serta beberapa Projek Pertanian Bersepadu (Intergrated Agriculture Development Authority - IADA). Penubuhan beberapa buah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) Jelapang Padi merupakan satu asas mengukuhkan sistem penyampaian dapat dilaksanakan dengan baik untuk industri padi. Pada masa ini terdapat beberapa IADA sedia ada yang telah berjaya mengekalkan kawasan tanaman padi. IADA tersebut adalah IADA Kerian Sg. Manik, IADA Seberang Perak, IADA Pulau Pinang, IADA Kemasin Semerak di Kelantan, IADA Barat Laut Selangor dan IADA KETARA di Terengganu. Empat IADA baru dibangunkan dalam RMK ke 10 iaitu IADA Pekan, IADA Rompin, IADA Batang Lupar di Sarawak dan IADA Kota Belud di Sabah. Mereka mempunyai satu organisasi untuk menyelia, merancang dan melaksana serta memantau segalanya berkaitan tanaman padi dikawasan tersebut.
Dalam pada itu tidak puas kalau tidak dijelaskan mengenai konsep perlaksanaan kawasan tanaman padi yang lain. Satu konsep pembangunan pertanian secara bersepadu berasaskan pembangunan "in-situ" telah diperkenalkan pada tahun 1965 dengan pelaksanaan projek Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA - Muda Agricultural Development Authority) diikuti penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA - Kemubu Agricultural Development Authority) pada tahun 1967. Ia dibangunkan dengan membina prasarana untuk penanaman padi secara intensif dengan membina empangan, sistem saliran dan penanaman berintensiti tinggi. Sebelum ada skim pengairan dahulu penanaman padi hanya dilakukan sekali setahun sahaja iaitu dimusim hujan. Sejak tahun itu konsep pembangunan kawasan padi seumpama ini telah berkembang dengan penubuhan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) hampir ke seluruh negara. Penulis merupakan seorang yang pernah bertugas di IADP iaitu MIADP (Malacca Intergrated Agriculture Developpment Project) sekitar awal tahun 1980'an. Pada asasnya penulis dapati kaedah pendekatan pembangunan pertanian yang bersepadu mengutamakan integrasi segala usaha dan aktiviti di antara pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian (dan juga kiranya diperlukan agensi-agensi Kementerian lain). Pendekatan bersepadu ini diperlukan dalam penyediaan kemudahan infrastruktur pertanian dan khidmat-khidmat sokongan yang berkaitan.
Adalah jelas dimana objektif IADA adalah khusus untuk pembangunan kawasan padi secara menyeluruh. Kini setiap IADA mempunyai objektif khususnya selaras dengan keperluan setempat. Walau bagaimanapun secara amnya objektif IADA jelapang padi adalah untuk tujuan meningkatkan produktiviti dan memaksimumkan pendapatan golongan sasar supaya perbezaan pendapatan dengan sektor-sektor lain dapat dikurangkan. Ia juga memodenkan sektor pertanian dan industri asas tani supaya sistem pengeluarannya cekap, menjimatkan tenaga manusia dan mampu bersaing dalam pasaran dan luar negeri. IADA juga diujudkan untuk membangunkan golongan sasar supaya menjadi masyarakat yang berdisiplin, berdikari, progresif dan bersemangat keusahawanan. Dalam menentukan prodiktiviti padi semua IADA adalah untuk meningkatkan purata pengeluaran hasil padi ke tahap 6.5 tan metrik sehektar semusim menjelang tahun 2010. Mengenai skop dan fungsi pembangunan IADA ditentukan semasa penubuhannya berdasarkan Kajian Kemungkinan yang telah dijalankan. Skop pelaksanaan IADA meliputi pembangunan infrastruktur pertanian dan pembangunan sub-sektor tanaman, perikanan dan ternakan secara "in-situ" serta industri asas tani. Fungsi utama IADA ialah untuk mmpertingkatkan infrastruktur pertanian terutamanya sistem pengairan dan saliran bagi kawasan pertanian tertentu. Ia juga memperkukuhkan dan mengembangkan khidmat sokongan pertanian dan pengurusan pertanian. Iada akan menyelaraskan aktiviti khidmat nasihat dan perkhidmatan pengembangan kepada golongan sasar melalui program pembangunan manusia/latihan. Akhirnya peranan IADA adalah untuk mengukuhkan perkhidmatan agensi pelaksanaan dalam pembangunan institusi pertanian dan peladang. Berikut adalah maklumat asas mengenai IADA di Malaysia.

| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
EPP 11 : Penanaman Padi Di Kawasan Jelapang Model yang akan diguna pakai di kawasan Muda, terutamanya peruntukan insentif untuk menggalakkan penyumberluaran bagi pengurusan tanah dan penubuhan perbadanan beras bersepadu, akan diaplikasi di jelapang KADA dan kawasan seperti Batang Lupar di Sarawak dan Kota Belud di Sabah. Di jelapang yang dikendalikan oleh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), fokus semasa fasa awal adalah untuk memberi insentif bagi menggalakkan penyumberluaran bagi pengurusan tanah. |
0 Response to " Tips Tanaman - PADI - SIAPA DIBELAKANGNYA - Sitnoolo.blogspot.com"
Posting Komentar