DFP 1 Tips Tanaman - CARA TANAM DURIAN BELANDA - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com | sitnoolo.blogspot.com

Tips Tanaman - CARA TANAM DURIAN BELANDA - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com

Bawah Judul
inartikel
DURIAN BELANDA (Annona muricata) merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang semakin mendapat perhatian ramai petani masa kini. Ini disebabkan buah durian belanda didakwa mempunyai kelebihan tersendiri dalam mengawal sel kanser dan merawat masaalah penyakit Gout. Selain daripada itu daun durian belanda organik yang dijadikan teh didakwa mempunyai khasiat yang berkaitan dengan rawat kesihatan seperti dinyatakan. Selain daripada buahnya yang dijual dengan harga mahal (sekitar RM 20.00 sekilogram keatas bagi buah organik) dilaporkan teh daun teh durian belanda juga amat berharga. Menanam pokok durian belanda memerlukan anakbenih berkualiti dan jenis tanah subur yang mempunyai sistem saliran baik. Kini beberapa orang petani menanam pokok durian belanda secara monokrop dan komersil kerana tumbuhan ini kini telah mendapat pasaran yang baik. Pada madsa dahulu tidak ada orang yang pedulikan tanaman ini yang juga pernah dianggap sebagai salah satu daripada jenis buah nadir. Belum banyak tulisan mengenai amalan agronomi dan teknik-teknik pemprosesan buah ini. Kini telah banyak informasi mengenai durian belanda dan khasiatnya dan telah diangkat sebagai satu jenis tanaman berpotensi tinggi untuk diusahakan. 

Penanaman durian belanda atau dipanggil sebagai 'sirsak' di negara jiran ini lazimnya ditanam dikawasn tanah yang subur. Tanah perlu disediakan dengan memilih kawasan yang tidak bertakung air kerana pokok durian belanda amat sensitif dengan air bergenang dalam tanah. Kalau tanah tersebut mempunyai paras air tinggi dalam tanah juga perlu dielakkan. ini kerana beberapa laporan menyatakan jika akar tunjang durian belanda mencecah paras air dalam tanah maka ia akan mula mati pucuk dan timbul masaalah lain. Kesannya pokok yang tidak subur tidak memberikan hasil optima. Lakukan kerja menggemburkan tanah untuk tanaman durian belanda dengan membajak sebanyak 2 kali dan dibersihkan dari rumput dan sisa-sisa tanaman. Bagi tanaman monokrop memang perlukan penggemburan tanah dan sediakan sistem perparitan sebaiknya. Pembuatan lubang tanaman perlu dilakukan 2 - 4 minggu sebelum menanam. Lubang tersebut digali dengan ukuran 50cm x50 cm x 50 cm dimana setiap lubang diberi baja organik dan CIRP dengan kadar disyorkan. Dibeberapa lokasi kadar pemberian baja organik sekitar 10-15 kg satu lubang kemudian dicampur dengan tanah. 

Penanaman pokok durian belanda dengan menggunakan anakbenih yang dipilih dari pihak tertentu (Sila lihat foto sebelah benih berumur 2-3 bulan)Benih yang telah cukup umur ditanam dalam lubang dengan jarak 4m × 4 m atau 4×5 m atau 5×5 m bergantung pada keadaan kebun dan darjah kecerunan tanah. Penanaman sebaiknya dilakukan diawal musim hujan dimana benih dalam polibeg dikeluarkan dan ditanam di tengah-tengah lubang tanam, dikambus dan seterusnya dipadatkan kemudian disiram hingga cukup basah. Penjagaan tanaman durian belanda meliputi kerja menyulam, pasang sistem pengairan, pembajaan, aktiviti pemangkasan, kebersihan kebun dan kawalan serangga serta penyakit diladang. Penyulaman pokok bertujuan untuk mencukupkan tanaman agar anakbenih yang mati setelah ditanam atau pertumbuhannya kurang sempurna maka perlu melakukan sulaman iaitu sampai 6 minggu setelah masa menanam. Pengairan adalah penting dari peringkat awal menanam dengan aktiviti menyiram dilakukan minima 2 hari sekali terutama apabila tidak ada hujan sehingga keadaan tanah di sekitar tanaman menjadi lembab. Pembajaan dilakukan dengan memberikan baja dengan kadar yang mencukupi. Pemberian baja sebatian NPK kali pertama adalah berupa NPK dengan kadar 1.0 kg sepokok dengan cara dicampurkan pada media tanam. Kemudian apabila pokok berumur 4 - 8 bulan setelah ditanam diberikan kadar sama dengan dengan menabur disekeliling pokok iaitu sekitar 30 cm dari pangkal pokok. Selepas membaja juga disyorkan menutup tanah dan disiram dengan air. 

Aktiviti pemangkasan untuk pokok durian belanda biasanya memiliki bentuk pokok yang seimbang dan sesuai. Cantasan pembentukan dilakukan dengan memotong batang utama untuk membenarkan dahan membentuk pokok yang rimbun dan tidak terlalu tinggi. Dahan lain yang tidak sesuai dibuang agar keadaan pokok seimbang. Lazimnya tunas air, cabang-cabang yang tidak teratur akan dibuang menggunakan scateurs atau gergaji (pruning saw). Penulis mendapati proses pendebungaan bagi pokok durian belanda adalah satu masaalah dalam penghasilan buah. Ini kerana proses pendebungaan tanaman ini adalah telah dikenalpasti sebagai faktor pembatas dalam pokok berbuah. Oleh itu petani komersil melakukan pendebungaan berbantu (artificial pollination) untuk proses pendebungaan yang lebih baik. Penulis juga mengesyorkan agar mereka menternak Lebah Tukang (Carpenter bee) untuk membantu proses pendebungaan. Hanya lebah tukang yang mampu membuka bunga durian belanda. Batang kayu diletakkan disekitar kebun durian belanda untuk membolehkan lebah tukang bersarang dan membantu proses pendebungaan. Saya ada menulis artikel mengenai perkara ini dalam penulisan sebelum ini. Bagaimana pun lebah tukang ini juga masih ada yang mempertikaikan keujudannya dalam kawasan kebun atau kampong.

Kawasan tanaman durian belanda perlu dijaga kebersihannya daripada rumput dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Rumpai dan noxious plant dikawal secara manual atau menyembur racun rumput. Kawalan serangga perosak dan penyakit perlu dikawal dengan cara kultura, kawalan kimia atau pelbagai kaedah lain yang sesuai. Kualiti buah durian belanda yang baik hanya boleh didapati dengan amalan agronomi yang yang betul mengikut pakej tanaman yang disediakan. Diantara perosak tanaman durian belanda adalah Kutu Sisik (Scale insects) yang boleh juga merugikan dimana ia sering menyerang tanaman. Biasanya kutu ini melekat pada bahagian tanaman yang masih muda seperti tunas pucuk, ranting, daun muda, bunga dan buah. Hama ini terutama yang betina mengisap cairan tanaman dan seterusnya jika tidak dikawal akan menyebabkan kadar pertumbuhan pokok terencat.  Seterusnya dilaporkan bahawa kutu ini juga mengeluarkan manisan seperti madu dimana ia menyebabkan serangan cendawan jelaga (Hitam). Kesannya dimana jelaga hitam ini akan menarik serangga seperti semut, lebah dan lalat. Kutu betina dari kumpulan iaitu Ceropastes rubens ini akan bertelur pada bahagian bawah badannya dan akan menetas 2 hari kemudian. Seterunya peringkat nim muda akan pindah dari perut induknya menuju ke ranting-ranting muda terutama pada bagian tulang daun untuk merosakkan tanaman. 

Pokok durian belanda yang dijaga dengan baik dan sihat akan menghasilkan buah apabila matang. Buah durian belanda lazimnya tidak mempunyai bentuk yang seragam. Buah yang terbentuk lengkap selalunya membunyai bentuk seperti hati dan bulat penoh. Bagaimana pun selalu dijumpai dimana buahnya bengkok atau berlekok (Sila lihat foto disebelah). Memetik buah durian belanda selalu dilakukan apabila buah sudah tua sebenar (matang secara fisiologi). Buah durian belanda yang selalu dianggap tua dapat dilihat apabila kelihatan durinya sudah saling berjauhan dan warna kulit buah yang asalnya selalu berwarna hijau berkilat berubah menjadi hijau kekuningan. Bagaimana pun perlu ada pengalaman dan kemahiran khusus untuk mengenali buah durian belanda yang boleh dipetik mengikut kehendak pasaran (ada yang suka buah muda). Ada laporan menunjukan bahwa buah yang dipetik pada umur 12 minggu setelah pendebungaan dimana dilihat keadaan jarak durinya mencapai 2/cm2 serta kadar kandungan gula pada bacaan14 darjah Brix adalah ciri yang dikatakan bermutu baik. Buah yang dipetik muda sebelum waktunya menyebabkan mutu rendah. Bagaimana pun sebaliknya jika terlambat petik menyebabkan buah akan dimakan kelelawar selanjutnya jatuh ke tanah. Tanaman yang berpontensi ini jika dijaga dengan baik boleh berhasil sehingga lebih dari 20 tahun. Semuga tulisan ini berguna untuk anda!. Wasallam!.

3 Responses to " Tips Tanaman - CARA TANAM DURIAN BELANDA - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com "

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    BalasHapus
  2. Menarik banget, beda dengan durian pada umumnya.

    Promo payday

    BalasHapus

close
Click here 2X Close X
kode iklan dfp
Selamat Datang