ARNAB (Rabbit) atau Kelinci (Panggilan di Indonesia) merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidae yang tergolong dalam order Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan comelnya dimana ia mempunyai sepasang telinga yang panjang dan tirus serta barisan gigi kacip tengah yang ketara dalam mulut. Arnab mempunyai sepasang kaki belakang yang besar berbanding kaki depan serta mempunyai ekor yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar tetapi kini lebih banyak dipelihara sebagai haiwan kesayangan atau dijadikan industri ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia. Di Malaysia aktiviti ternakan arnab agak kurang popular dimana hanya beberapa syarikat sahaja yang dipercayai menternak arnab secara komersil. Arnab adalah sejenis haiwan dimana bentuk badannya yang comel dengan bulu yang selalunya bersih serta jinak. Ciri ini menjadi diantara faktor dimana ramai orang menjadikan arnab sebagai haiwan peliharaan. Penulis dapati berdasarkan kepada ilmu zoologi, haiwan jinak arnab ini sebenarnya mempunyai pelbagai spesis dan beberapa ciri istimewa yang wajar untuk kita semua diketahui. Dilaporkan sama seperti kucing sebagai haiwan mamalia, arnab juga adalah berdarah panas, membiak dengan melahirkan, menjaga dan menyusukan anak tetapi ia menjadi mangsa buruan oleh haiwan karnivor didalam habitat liar asalnya. Kini beberapa baka arnab telah dikenalpasti sebagai baka yang dipilih untuk pelbagai tujuan penternakan. Artikel malam Sabtu ini sambil menionton Cinema TV3 iaitu 'The Batman Chronicle' saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa baka arnab sekadar menambah ilmu didada.
Antara ciri-ciri arnab ialah mempunyai telinga yang panjang yang bertindak sebagai penyisih haba dan juga deria pendengaran sensitif bagi membantu arnab mengesan musuh. Arnab juga mampu bergerak pantas dengan cara melompat dan boleh di dapati di pelbagai kawasan dan iklim, dari kawasan tundra, suhu sederhana, tropika dan gurun. Kini terdapat beberapa spesies arnab tetapi yang paling popular di negara ini dan dijadikan haiwan peliharaan ialah Holland Lop, Netherland Dwarf dan Mini Rex. Antara baka arnab yang kini banyak dipelihara di rumah merupakan baka yang menjadikannya sebagai perniagaan yang menguntungkan. Pada masa blog ini ditulis terdapat 6 baka arnab paling laris di pasaran iaitu spesis atau baka Jersey Wooly, Dwarf Hotot, Dutch, English Anggora, English Lop dan American Fuzzy Lop. Penulis dapati harganya berbeza kerana semakin cantik bulunya maka lagi tinggi nilainya. Hampir senahagiam besar baka itu diimport dari Amerika Syarikat dan beberapa negara lain dimana ada yang bolrh dibeli secara dalam talian tetapi melalui sistem kuarantin yang ketat. Biasanya kos untuk penghantaran melebihi RM6,000 untuk enam ekor arnab yang bermutu tinggi. Ada yang membelinya perlu terlebih mendapatkan Sijil Sah Kesihatan dari negara asal selain permit untuk urusan import eksport.
Semasa djual dipasaran selalunya penjual haiwan ini menawarkan harga antara RM350 hingga RM3,000 bagi baka Holland Lop dan antara RM200 - RM5,000 bagi jenis baka Netherland Draf. Pembeli akan menilai arnab dari segi bulunya sama ada tebal atau nipis, saiznya sama ada kecil atau besar serta bentuk mukanya yang comel. Lazimnya setiap baka ada keistimewaannya yang tersendiri (Sila lihat foto disebelah). Ada dakwaan dimana makanan arnab yang diimport dari Amerika Syarikat adalah yang terbaik bagi pembesaran dan kesihatan haiwan itu seperti Timothy Hay dan pelet kerana mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan arnab. Memang ttidak dgalakkan untuk memberi makanan seperti sayuran dan air yang tidak bersih kerana boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit dan kurap, haiwan ini juga sensitif kepada cuaca yang panas dan memerlukan pengudaraan yang baik di dalam sangkarnya. Ada dakwaan dimana jika dihitung memang perniagaan ini tidak mendatangkan untung yang besar namun apa yang penting adalah minat untuk membela arnab sebagai hobi. Ada kiraan dari rakan penulis yang mendakwa untuk menjaga seekor arnab berkualiti sekitar RM200 sebulan. Satu aktiviti penting dalam pemiliharaan arnab adalah untuk membersihkan sangkar empat hari sekali bagi memastikan haiwan peliharaannya itu hidup selesa dan tidak dihinggapi sebarang penyakit.Penternakan arnab dari beberapa spesis terpilih dan mudah diurusak amat penting. Mereka boleh mendapatkan info mengenaii spesis arnab sebelum mulakan hobi secara biasa atau menternak arnab secara komersil. Wasallam!.
PELIHARA ARNAB... BAKA APA...
ARNAB DIBELI... TINJAU HARGA...
DIBERI MAKAN... MINUM DIJAGA...
SUDAH DEWASA..DIMAKAN JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Padang Permai 4, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1437H)

0 Response to " Tips Tanaman - ARNAB - KENALI BAKA POPULAR - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com "
Posting Komentar