Lampam sungai merupakan ikan air tawar yang hampir sama dengan 'ikan bream' di U.K, atau pun 'ikan panfish; di USA atau pun juga 'Ikan Tilapia Nil di benua Afrika. Ikan ini adalah spesis ikan yang mempunyai cara hidup dan reputasi pembiakan yang sangat tinggi. Ikan Lampam sungai selalunya akan hidup dengan baik di dalam sungai-sungai di Malaysia terutama sungai yang belum tercemar. Dalam masa tertentu jumlah populasi ikan ini banyak jumlahnya atau pun ia meningkat mendadak bergantung kepada cuaca, musim dan keujudan makanan. Populasi yang meningkat terlalu cepat membolehkan ikan ini boleh ditangkap menggunakan pelbagai cara. Wapau pun begitu kini agak sukar sedikit untuk menyaksikan jumlah sebegitu banyak akibat tekanan penangkapan yang sangat tinggi oleh para nelayan dan pemancing. Kawasan sungai yang dahulu banyak ikan kini terjejas teruk dengan aktiviti penangkapan kuran beretika seperti penggunaan jaring, tuba , bom ikan malahan ada yang menggunakan racun. Laporan Jabatan Perikanan menyatakan beberapa sungai utama yang senang dimasukki oleh pemancing atau nelayan sungai atau kawasan yang berhampiran dengan penduduk padat berhampiran dengan kawasan bandar sudah sukar ada ikan ini dalam sungai. Penulis yang pernah memancing ikan ini mendapati memang agak sukar untuk memancing ikan lampam (Sila lihat foto disebelah). Dalam lamanweb ada juga mereka menulis kisah atau cerita daripada sesetengah pemancing yang pernah menemui beratus-ratus ikan ini dengan kaedah tangkapan tertentu.
Walau pun populasi dan tangkapan ikan lampam sungai agak kurang tetapu nelayan sungai tahu bila, dimana dan cara untuk memburu ikan ini. Beberapa spesis seperti ikan lampam ekor merah semakin jarang dijumpai (Sila lihat foto disebelah). Beberapa sungai penting serta anak sungai disekitarnya seperti Sungai Kuala Kangsar, Sungai Pahang, Sungai Muar didakwa masih menyimpan ikan lampam sungai. Penulis yang beberapa kali me Taman Negara Endau Rompin beberapa tahun dulu juga mendapat ikan lampam sungai masih banyak berkeliaran didalam kawasan taman tersebut sebeb ia dilindungi oleh pihak berkuasa. Kawasan tidak tercemar airnya akan kita dapat lihat ikan ini berenang berkeliaran dalam lubuk dan arus air jernih dan membiak dengan baik. Menurut penjaga taman tersebut mereka pernah melihat ikan lampam sungai yang besarnya melebihi 1.5 kg dikawasan tersebut. Penulis yang pernah bertugas di Mersing, Johor amat suka melihat ikan ini dikawasan taman negara termasuk di kawasan Air Terjun Buaya Sangkut yang menjanjikan kedamaian tersendiri.
Didalam mencari ilmu memancing untuk ikan seperti ini, beberapa petua dan teknik memancing perlu dilakukan. Selalunya pakar pancing akan gunakan perambut sepanjang 6 - 12 inci yang berketahanan 6 paun untuk memancing ikan ini. Jenis mata kail Mustad berlengkok bulat bersaiz 4 - 6 atau mata kail udang bersaiz 9 - 11 boleh digunakan. Batu ladung hidup adalah amat sesuai untuk dijadikan pemberat. Bagi mereka yang mansasarkan sungai yang terdapat rumpai atau sampah disyorkan guna batu ladung dipasang atau berada di bahagian bawah mata kail (lebih kurang sekaki atau lebih) supaya umpan bergerak bebas dan mudah dilihat oleh ikan. Ada juga pemancing sungai yang suka menggunakan pelampung dimana ia merupakan teknik yang popular. la sangat sesuai digunakan di tempat-tempat berarus tenang yang dikhuatiri mempunyai banyak tunggul kayu di dasarnya. Panjang perambut daripada pelampung bergantung kepada kedalaman sungai. Umpan pancing perlu tergantung beberapa inci dari dasar dan dibiarkan hanyut di bahagian pertengahan air. Batu ladung kecil perlu diletakkan pada jarak tertentu pada perambut supaya umpan boleh turun pada kedalaman yang dikehendaki. Ikan Lampam Sungai lazimnya akan meragut umpan dengan agak kasar yang kemudiannya tercangkuk sendiri pada mata kail. Bagaimanapun apa yang penulis sering lakukan adalah kita perlu menyentap supaya sangkutan lebih teguh dan ikan tidak akan terlepas lagi. Oleh kerana ikan ini saiznya ada yang kecil kadang-kadang kuasa tarikannya tidaklah begitu kuat namun dengan teknik yang disebutkan tadi ianya akan menjadi lebih menarik.
Dalam memburu ikan ini sebaiknya pastikan kawasan sungai atau lubuk untuk memancing banyak ikan lampam. Ikan ini biasanya berada dibahagian pertengahan dan hulu sungai. Ikan lampam ini hidup satu habitat yang sama dengan jenis ikan Terbol, Merah Pipi, Pucuk Pisang, Kaloi dan jenis ikan sama dengannya. Kalau dapat ikan lampam terus dibersihkan dengan cepat dengan membuang tahi dan isiperutnya disebabkan ikan lampam mudah membusuk dan sebaiknya simpan dalam coolman yang ada air batu. Saya juga mendapat petua menyediakan umpan ikan lampam sungai dari rakan orang asli di Kg Peta, Mersing, Johor. Mereka menyediakan jenis umpan khusus untuk memancing ikan lampam sungai atau serupa dengannya dengan guna umpan dedak kuning (dedak ayam), gandum dan serbuk kunyit - gaul biar sebati dan gentel dimata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata pancing). Jenis umpan ke 2 yang mereka selalu gunakan adalah dengan pakai isi kelapa sawit di peram, gandum dan serbuk kunyit kemudian bahan ini di gaul sebati dan gentel di mata kail (mata rambai atau guna perambut selari 5-6 mata pancing). Sebaiknya menggunakan jenis mata saiz kecil yang sesuai untuk mulut ikan disesuatu lokasi memancing. Dalam pada itu dinasihatkan agar untuk memeasang banyak mata kail pada pancing dan jangan hanya gunakan mata satu. Teknik ini penulis rasa amat signifikan memancing lampam sungai.
Dalam beberapa laporan dinyatakan ikan lampam sungai adalah diantara jenis ikan yang menjadi penyelamat kepada para pemancing. Ini kerana ikan ini jarang kecewakan pemancing setelah seharian tercongok memancing di tepi sungai dan tasik. Populasinya yang tinggi dan tabiat pemakanannya yang tidak memilih juga memudahkan kita untuk memancingnya jika ikan yang diidamkan pemancing langsung tidak dapat. Lampam sungai merupakan ikan kedua terbanyak selepas tilapia di perairan air tawar negara kita. Walaupun kedua-dua spesis tersebut berbeza dari segi asal kedatangan dan tabiat pemakanannya namun kedua-duanya berkembang-biak dengan baik dalam pelbagai keadaan air. Antara beberapa batasannya adalah kualiti air yang teruk tercemar atau suhu air sangat sejuk seperti di anak-anak sungai pergunungan. Biarpun begitu lazimnya ikan lampam merupakan sumber yang penting kepada pemancing dan juga para pentemak ikan. Ikan lampam sungai pada saya paling enak untuk digoreng dengan memberikan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ikan lampam segar yang ditangkap enak dimakan dengan nasi dan sayuran ketika penat selepas memancing. Bagaimana pun resepi ikan lampam bakar dicicah dengan sambal kicap atau sambal lain kini telah menjadi satu hidangan popular dibeberapa buah restoren untuk makan tengahari (Sila lihat foto dibawah). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca. Wasallam!..
IKAN LAMPAM... DISUNGAI KITA..
CEPAT MEMBIAK..DIMANA JUA...
DITANGKAP... PELBAGAI CARA...
ENAK DIGORENG.. LAZATNYA DIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Bangau Parit Hilir,
Temerloh, Pahang,
Malaysia.
(5 Rejab 1437H)

Wah saya belajar hal baru dari artikel ini. Terima kasih banyak.
BalasHapusBelanja bulanan