DFP 1 Tips Tanaman - BAGAI AIR DENGAN MINYAK - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com | sitnoolo.blogspot.com

Tips Tanaman - BAGAI AIR DENGAN MINYAK - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com

Bawah Judul
inartikel
BAGAI AIR DENGAN MINYAK adalah satu peribahasa yang sering kita gunakan atau pun pernah didengar. Peribahasa ini memberi maksud sebagai "Orang yang selalu berselisih". Penulis dapati perumpamaan ini amat tepat dicipta oleh ahli bahasa sejak dahulu kerana mereka telah melihat ciri-ciri air dan minyak dengan teliti dan menggunakan sifat 'TIDAK BERCAMPUR" ini dalam mencipta peribahasa ini. Sifat ini diantara minyak berbeza dengan sifat air yang mana secara saintifiknya saintis menyatakan bahawa molikul air adalah lebih berat daripada molikul minyak menyebabkan lapisan air berada dibahagian bawah gelas dan bahagian minyak akan berada dilapisan atas. Walau pun kita kacau (stir) kedua-dua cecair ini dan nampak 'bercampur' tetapi akhirnya ia akan membentuk dua lapisan berasingan (Sila lihat foto diatas). Jika perkara ini disamakan dengan tabiat manusia atau haiwan, maka ianya menunjukkan sikap atau sifat berbeza yang mana ujudnya bertentangan. Ia juga merujuk kepada perkara dimana berlaku selisih faham memang minyak dan air tidak dapat bercampur dalam satu bekas. Perkara seperti berselisih faham dalam satu kelompok atau masyarakat memang satu masaalah sosial yang perlu dikurangkan atau sebaiknya dihapuskan. Sikap seperti perasaan iri hati, cemburu, tidak ngam, berlainan pendapat dan sebagainya harus dielakkan dalam masyarakat untuk tidak berlaku perselisihan. Jika masyarakat tidakk bersatu maka banyak perkara positif yang perlu keputusan ramai tidak dapat dilakukan. Malahan mereka lambat mencapai kemajuan jika sentiasa bertelagah sesama mereka secara berpanjangan dan boleh menjejaskan keharmonian mayyarakat dan negara. Bayangkan jika perkara yang kecil dan mudah diselesaikan tetapi menjaid penghalang kepada kemajuan dalam masyarakat.  Apa pun artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini saya akan menyentuh mengenai pemberikan makna dan kupasan mengenai Minyak Kelapa dan Minyak Kelapa Dara (VCO) untuk tatapan anda.


MINYAK KELAPA (Coconut oil) adalah satu daripada pelbagai produk yang dihasilkan daripada Pokok Kelapa (Cocos nucifera). Pokok kelapa ditanam dibanyak negara dikawasan tropika dan diseluruh dunia semenjak zaman dahulu sama ada ditanam meluas secara estet komersil atau tanaman kecil-kecilan keliling rumah. Terdapat lebih daripada 110,000 hektar tanaman kelapa di Malaysia yang dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2000 tetapi keluasan ini terus menurun kepada hanya 86,700 hekyar pada 2015 (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian Malaysia). Beberapa produk dari pokok kelapa adalah seperti Buah kelapa, minyak kelapa dara (VCO), santan kelapa, air kelapa, nira, gula melaka, jelly air kelapa, lidi penyapu, kayu kelapa, sarung ketupat, sungkupan tanaman dan banyak lagi. Satu produk yang telah banyak diusahakan secara komersil adalah MINYAK KELAPA. Pengeluaran minyak kelapa dunia pada tahun 2012 sebanyak 6.24 juta metrik tan atau hanya 2.5% daripada pengeluaran minyak sayur dunia. Minyak kelapa merupakan bahan kulineri yang paling asasi semenjak digunakan oleh manusia kerana khasiatnya dalam menjamin kesihatan manusia. Ia dikaitkan dengan khasiat dan kemampuannya untuk membersihkan saluran darah, mengatasi masaalah kardiovaskular, menguatkan otot-otot, membaiki kulit dan juga nyembuhkan luka. Minyak kelapa juga digunakan secara meluas dalam menyediakan produk kesihatan asas serta kebanyakkan minyak urut memang berasaskan minyak kelapa. Walau pun rakyat Malaysia kini lebih biasa dengan minyak kelapa sawit, tetapi permintaan terhadap minyak kelapa terus meningkat saban tahun dalam pasaran khusus. Indonesia antara negara yang banyak menghasilkan minyak kelapa dirantau ini dengan kemampuannya untuk pasaran domestik dan ekspot.


Minyak Kelapa Dara (Coconut Virgin Oil atau VCO) merupakan minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang ujud dan terdapat di dalam buah kelapa tersebut. Minyak Kelapa Dara diimana ia diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu Asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia samada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama dalam hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan. Saya ada menulis mengenai VCO sebelum ini yang boleh dibaca (Klik disini) dan juga artikel Minyak Kelapa Dara (Klik disini). Minyak VCO kini merupakan satu jenis produk berasaskan kelapa yang semakin popular dan meningkat permintaannya. Kos Pengeluaran minyak VCO tidak komplikated malahan ia mampu memberikan punca pendapatan lumayan. 

Peribahasa 'Bagai Air dengan Minyak' merupakan satu peribahasa saintifik yang jelas menunjukkan dua bahan cecair yang tidak dapat bersatu. Walau pun ia dimaksudkan dengan erti orang yang selalu berselisih dalam satu komuniti ini amat tepat dari segi bahasa dan juga segi maksudnya tetapi semakin jarang digunakan. Antara individu atau kumpulan dalam masyarakat, negeri atau negara memang akan ujud beberapa sifat tidak sama fahaman masing-masing dan ini akan diterjemahkan dalam tindakan. Oleh itu beberapa strategi khusus perlu dilakukan oleh ketua masyarakat, pemimpin tempatan, pemimpin politik, pimpinan negara dan jabatan tertentu bagi meleraikan perbezaan pendapat dan perselisihan pandangan ini. Penulis percaya ada kemungkinan ujud formulasi khas secara saintifik kelak dimana minyak dan air boleh bercampur. Apa yang penulis pasti minyak dan air merupakan dua komponen penting dalam masakan harian dan memang bercampur dalam kuali untuk memberikan kelazatan makanan. Sambal Nasi Lemak sebagai contoh menggabungkan minyak dan cili (dalam cili bor ada air) yang dimasak sehingga enak dimakan. Elakkan perselisihan faham dan konflik dikalangan rakyat Malaysia untuk menuju negara maju. Peribahasa ini saya fikir boleh juga dijadikan panduan kepada semua lapisan masyarakat agar tidak berlaku perselisihan berpanjangan yang akan merugikan semua pihak. Wasallam!.
AIR DAN MINYAK... CUBA CAMPURKAN...
KACAU SELALU.. TUNGGU KEMUDIAN...
TIDAK BERCAMPUR... DIPISAHKAN...
SELISIH FAHAM... KENA DAMAIKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(12 Safar 1437H)
Kemaskini pada 3 April 2016

0 Response to " Tips Tanaman - BAGAI AIR DENGAN MINYAK - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com "

Posting Komentar

close
Click here 2X Close X
kode iklan dfp
Selamat Datang