DFP 1 Tips Tanaman - ALAH BISA TEGAL BIASA - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com | sitnoolo.blogspot.com

Tips Tanaman - ALAH BISA TEGAL BIASA - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com

Bawah Judul
inartikel

ALAH BISA, TEGAL BIASA merupakan satu peribahasa lama yang sering digunakan sejak dahulu sehingga kini. Peribahasa ini memberi maksud sebagai "Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat". Ini amat sesuai digunakan sepanjang masa kerana ianya relevan dalam masyarakat dan kerja-kerja harian. Saya pernah membuat ayat menggunakan peribahasa ini semasa sekolah dahulu ketika disuruh cikgu yang berbunyi "Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ahmad kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya". Peribahasa ini selalunya akan membayangkan aktiviti atau kerja yang sukar, susah, lama, merbahaya, mencabar dan memerlukan kemahiran dan keberanian khusus dan dilakukan berulang-ulang sehingga bukan menjadi halangan lagi. Banyak jenis pekerjaan seperti ini seperti kerja membina bangunan pencakar langit, kerja mengelap cermin bangunan tinggi, memandu lori treller yang berat dan lama, kerja jaga tengah malam, saintis dan banyak lagi. Mungkin pada permulaan masa melakukan kerja mereka terasa takut-takut dan tidak konfiden tetapi akhirnya setelah dilakukan berulang kali ianya jadi perkara biasa sahaja. Bagaimana pun penulis lebih cenderung mengenai penggunaan perkataan 'Bisa' dalam peribahasa ini. Bisa lazimnya dikaitkan dengan 'Venom' yang dihasilkan oleh serangga atau haiwan untuk menyerang mangsa atau mempertahankan dirinya. Peribahasa ini menggunakan perkataan 'bisa' yang kena pada seseorang akan menjadi biasa seperti penternak lebah madu yang sering disengat, pemetik buah durian yang digigit kerengga dan sebagainya. Bagaimana pun artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis mengenai info teknikal berkaitan sengatan dan bisa sengatan oleh serangga seperti lebah, tebuan, gigitan semut api dan sebagainya untuk disesuaikan dengan peribahasa 'Alah Bisa, Tegal Biasa' untuk dijadikan bahan rujukkan.


SENGATAN SERANGGA atau GIGITAN SERANGGA sering berlaku kepada kita setiap masa terutama mereka yang aktif dalam aktiviti luaran seperti beriadah, berkebun, 'jungle tracking', menebas semak samun, menyiram bunga dan sebagainya. Banyak jenis serangga yang mempunyai sengat yang ada racun atau venom yang menyakitkan dan selalunya menjadikan kawasan sengatan akan membengkak dan lebam. Diantara serangga yang sering menyengat manusia adalah lebah, semut api, kerengga, tebuan, kelulut, lipan, jengking dan banyak jenis lagi. Satu kajian telah dijalankan oleh Justin O. Schmidt dan menghasilkan satu piawaian tahap kebisaan sengatan serangga sebagai satu cara untuk mengetahui kesannya. Artikel pagi Sabtu ini saya akan bincangkan satu tajuk yang belum pernah saya baca untuk maklumat dan bacaan umum rakyat Malaysia, Brunei dan Indonesia. Piawaian ini hanya ditumpukan kepada serangga dari Kumpulan Hymenoptera dan tidak meliputi serangga-serangga kumpulan lain yang sangat banyak jenisnya. Sengat serangga seperti Lebah dan Tebuan merupakan satu organ yang mempunyai jarum yang keras tajam dihujungnya dan ada saluran untuk menyalurkan venom kedalam tisu mangsanya. Venom ini selalunya akan menyebabkan saraf mangsa bertindakbalas dan bahagian disengat akan membengkak. Venom ini juga mengalir kebahagian lain tubuh melalui darah (jika kuantiti sengatan banyak) dan membahayakan. Gigitan serangga seperti Semut Api atau Kerengga pula melalui dua rahang gigi atau struktur tajam bagi melukakan lapisan kulit dan seterusnya mengeluarkan venom dari mulutnya kekawasan luka tadi. Anda boleh baca artikel saya mengenai perkara ini (Sila Klik disini), (Sila klik disini), (Sila Klik Disini) dan (Sila Klik Disini). Beberapa artikel lain juga boleh dilayari.


Berikut adalah Indek Tahap Kebisaan Sengatan atau pun Gigitan Serangga:
Indek ini mempunyai 9 skel iaitu daripada skel 1.0 paling kurang berbisa kepada skel 4.0+ iaitu paling berbisa. Lebah Kecil (Sweat bee) mempunyai tahap kebisaan 1.0 iaitu hanya rasa sedikit sakit dan sengal. Gigitan Semut Api pula mengejutkan mangsa dimana kita akan rasa panas, gatal-gatal dan sedikit membengkak. Tebuan Tanah (Vespa tropica tropica) merupakan seranagga yang mempunyai venom menyakitkan iaitu pada tahap 3.0. Sengatan Tebuan mampu menyebabkan mangsa menghadapi kemungkinan maut jika terlalu banyak ekor tebuan yang menyerang dan berdekatan dengan kepala dan jantung. Semut Peluru (Bullet Ant) merupakan serangga paling berbisa venomnya iaitu pada skala 4.0+ sehingga meninggalkan kesan seperti hangus pada kawasan sengatan. 
Dalam pemerhatian saya terhadap Tebuan mendapati ianya tidak akan mati selepas menyengat seperti Lebah Madu (Apis spp) kerana sistem Sengat (Hornet system) berbeza. Sengat tebuan tidak akan terkeluar malahan hanya venom sahaja yang ditusuk dalam tubuh mangsa dan ianya mampu menyengat berkali-kali kemudian. Kajian saintifik mendapati venom daripada tebuan mengandungi bahan Acetylcholine (5%) iaitu jatuh pada Tahap 3.0 daripada Tahap Maksimum 4.0 dalam 'Shcmidt Sting Pain Index'. Lebah Madu jatuh pada tahap 2.0 sementara sengatan Labah-labah Tarantula adalah paling bisa iaitu Tahap Maksimum 4.0. Venom Acetylcholine telah saya buat rujukan dalam buku adalah bahan kimia yang mampu melemahkan dan melumpuhkan sistem saraf manusia iaitu sistem PNS (Pheripheral Nervous System) dan CNS (Central Nervous system) dengan bertindak sebagai 'neurotransmitter'. Jika sampai kepada jantung maka ianya akan mampu untuk melumpuhkannya dan akibatnya mangsa boleh MATI. Anda perlu awas dan segera membuat rawatan dengan pakar perubatan jika sengatan serangga berbisa berhampiran dengan jantung anda. 

Venom Sengatan Lebah (Bee venom) yanng terdapat pada lebah madu (Apis spp) lazimnya berbeza-beza tahap kebisaanya. Lebah Impot (Apis mellifera) mempunyai kandungan cecair sengatan yang lebih banyak daripada Lebah Keran (Apis cerana). Ini kerana saiz badan Lebah Impot (Apis mellifera) adalah lebuh besar dan kantung venom bisanya juga lebih besar. Bagaimana pun penulis dapati kesan sengatan Lebah Keran cepat terasa bisanya jika dibandingkan dengan venom Lebah Impot. Dalam beberapa laporan penulis mendapati ia tidak sesuai digabungkan Apis cerana dan Apis mellifera didalam cari kawasan penternakan yang sama. Lebah Keran didapati menjadi musuh semulajadi kepada Lebah Impot kerana ia telah mendekati haif lebah impot dan menyebabkan lebah impot akan kalah. Lebah keran yang lebih kecil akan mencuri simpanan madu daripada lebah impot dimana kes ini telah dilaporkan belaku di Bera, Pahang dan beberapa kawasan lain. Begitu juga tabuan suka menyerang lebah import semasa balik kesarangnya. Tabuan akan menyambar lebah pekerja yang membawa manisan. Sengatan lebah keran amat terasa bisanya dikawasan seperti bibir, mata dan tangan. Kesan sengatan akan menyebabkan tanda bengkak, kesakitan, gatal dan alalergi yang sesetengah orang tidak tahan. Ada juga yang tahan akan sengatan lebah ini dan ramai yang tidak tahan. Penulis yang sering mendapatkan 10-12 sengatan semasa melawat projek ternakan lebah import merasa senggal tetapi mempercayai venom sengatan lebah ini mampu menghilangkan masaalah rheutism (sakit sengal sendi). Anda boleh baca tulisan mengenai beberapa pengalaman saya melakukan akviti mencemaskan ini dalam tulisan yang tidak dapat saya lupakan (Sila klik disini).
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.
ALAH BISA ... TEGAL BIASA...
ITU ... SATU PERIBAHASA...
SENGATAN LEBAH...APA?..
TULIS ARTIKEL.. ANDA BACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(14 Safar 1437H)
Kemaskini pada 3 April 2016

0 Response to " Tips Tanaman - ALAH BISA TEGAL BIASA - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com "

Posting Komentar

close
Click here 2X Close X
kode iklan dfp
Selamat Datang