DFP 1 Tips Tanaman - MARKISA - KG JANDA BAIK - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com | sitnoolo.blogspot.com

Tips Tanaman - MARKISA - KG JANDA BAIK - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com

Bawah Judul
inartikel
TANAMAN MARKISA (Passiflora endulis) di Kg Janda Baik, Daerah Bentong, Pahang merupakan satu usaha murni penanaman dilakukan secara komersial sejak lama dulu. Tanaman ini selalunya ditanam secara bergilir-gilir dengan jenis sayuran lain. Penulis membuat tinjauan teknologi ke lokasi tersebut bersama-sama dengan rakan-rakan dikawasan tanah tinggi dimana mendapati tanaman ini memberikan hasil agak lumayan kepada petani jika harga yang diterima baik. Dianggarkan seluas lebih daripada 25 hektar CHE tanaman markisa dijalankan dikawasan ini setiap tahun. Tanaman ini ditanam menggunakan kayu sokong iaitu kayu para junjung yang menggunakan tiang daripada batang buloh yang banyak didapati dikawasan sekitar kawasan penanaman ini (Sila lihat foto diatas). Ketinggian kebun dikawasan ini sekitar 450 - 500 kaki daripada paras laut membolehkan ia menerima suhu agak sejuk membolehkan pokok markisa hidup subur berbanding dengan penanaman markisa ditanah rendah. Markisa juga merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Passifloraceae yang ditanam di negara kita dan dipanggil juga BUAH SUSU. Tumbuhan ini menghasilkan buah yang mempunyai rasa manis dan masam sesuai dimakan segar atau sering diproses untuk dijadikan jus minuman dalam bentuk Kordial atau Sirap yang tersedia diminum. Walau pun tidak ada laporan rasmi mengenai keluasan tanaman markisa di Malaysia tetapi penulis menganggarkan sekitar 180 - 200 hektar CHE sahaja. Tanaman ini pernah di popularkan sekitar tahun 1970'an dan 1990'an tetapi tidak banyak petani yang menanam secara komersial sebagai monokrop seperti di Kg Janda Baik ini. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah Passion Fruit (English), Granadilla ; Parcha; Parchita ; Parchita maracuya (Sepanyol), Ceibey (Cuba), Maracuja peroba (Portugis), Grenadile ; Couzou (Perancis), Lilikoi (Hawai), Parcha amerilla (Venezuella) dan Limangkon (Thailand). Tumbuhan ini dibawa masuk kenegara kita dipercayai oleh penjajah kolonial dahulu. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti dan amalan agronomi penanaman buah markisa di Kg Janda Baik Bentong Pahang untuk dijadikan rujukkan.


Tumbuhan markisa merupakan sejenis pokok yang hidup menjalar dimana ia perlukan sokongan. Lazimnya pada batangnya akan melilit pada kayu sokong untuk terus naik atas bagi mendapatkan cahaya matahari. Menurut penerangan seorang petani di Janda Baik iaitu Encik Isnin, beliau akan menggunakan kayu sokong daripada batang buluh yang disambung dengan dawai kasar untuk dijadikan para tanaman markisa dikebunnya (Sila lihat foto disebelah). Beliau yang menanam pada bulan Januari 2015 dijangka mampu menuai pada bulan Mei dan pokok bertahan 8 bulan selepas itu. Melihat kepada bahagian batangnya, pokok markisa berbentuk selinder berwarna hijau berkayu lembut yang mempunyai ruas-ruas yang mengeluarkan daun sulur paut bunga dan buah. Daunnya berwarna hijau dengan bentuk jantung dengan 3 lekuk berukuran 8-20 cm panjang yang licin dipermukaan atas dan kasar dibahagian bawah. Warna daun bahagian bawah agak hijau pucat. Bunga markisa terbit dari pangkal ruas satu unit dengan ukuran 5 - 5.0 cm dengan kelopak berwarna hijau dan rerambut berwarna ungu keputihan atau kuning bergantung kepada sepsis. Bunga ini akan didebungakan oleh serangga dan angin. Ia akan menjadi buah yang bergantungan kemudiannya.


Buah markisa berbentuk bulat dengan kulit licin berkilat berwarna hijau dan bertukar kepada kuning atau ungu apabila masak mengikut varieti (Sila lihat foto disebelah). Saiz buah berukuran 4-8 cm garispusat dimana ia selalunya mengandungi biji berwarna hitam dan manis apabila masak. Buah yang masih hijau bergayut pada bahagian bawah para dimana ia keluar daripada bulan ke 5 selepas ditanam dan akan berterusan dipetik sehingga 8 bulan selepas itu jika pokok dijaga dengan baik. Jenis pokok Markisa ada dua jenis yang lazim ditanam di Malaysia iaitu Jenis Buah Markisa Ungu (Passsiflora endulis L.) dan Jenis Buah Markisa Kuning (Pasiflora flavicarpa L.). Jenis Ungu lazimnya ditanam di India dan Afrika sementara jenis buah Kuning pula banyak ditanam dikawasan Peru, Brazil dan Equador. Jenis atau varieti yang ditanam di Malaysia dan di Kg Janda Baik, Daerah Bentong ini pula adalah jenis kuning. Buah markisa mengandungi banyak khasiat untuk dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus minuman, kordial dan pelbagai produk lain. Setiap 100 gram buah markisa mengandungi 75.1 g air, 90 kalori tenaga, Protin (2.2 g), Lemak (0.7 g), Karbohiderat (21.2 g), Kalsium (13 mg), Posforan (64 mg), Kaliam (28 mg), Fe (1.6 mg), Vitamin A (700 IU), Riboflavin (0.13 mg), Niacin (1.5 mg) dan Asid Askorbik (1.5 mg). Kajian saintis dimakmal mendapati kandungan Asid Amino juga banyak dalam buah markisa seperti jenis Arginine, Asid Asitik, Glysine, Leusine, Lysine, Proline, Threoline, Tyrosine dan Valine. Jenis markisa kuning paling banyak ditanam untuk menghasilkan jus markisa dimana ianya mengandungi 36% jus, 11 % Biji dan 51% bahagian isi.



Buah markisa yang masak akan dituai apabila mencapai tahap kematangan 75% apabila warna kulit buah bertukar daripada warna hijau kepada warna kuning kehijauan atau sedikit kemerahan (Sila lihat foto disebelah). Buah yang masih muda lazimya berwarna hijau, bulat dan berkilat dengan ada tompok keputihan sedikit. Buah yang terlalu masak tidak sesuai untuk pasaran ekspot kerana sudah agak lembik dan tidak tahan lama. Sebaiknya elakkan buah daripada gugur diatas tanah dan jika dibiarkan kerana ianya akan menjadi perumah menyebabkan lalat buah bertelur dan membiak dengan lebih banyak. Buah dengan garispusat 6-8 cm dengan warna kuning kkehijauan dan kemerahan ini sesuai dipetik, dibersihkan dibuat grading dan dimasukkan kedalam bakul plastik sebelum dimasukkan kedalam kotak. Kotak mengandungi 4.5 - 6.0 kg dengan satu atau dua lapisan sebelum dihantar kepada pembeli yang berada di Pekan Bukit Tinggi. Buah ini dihantar oleh peraih ke Lembah Kelang Kuala Lumpur untuk diedarkan kepada kilang memproses jus dan edaran jualan segar. Temubual penulis dengan Encik Isnin dan Mr Tan yang menanam buah markisa menyatakan mereka menjual buah tersebut kepada peraih Cina di Bukit Tinggi dengan harga purata sekitar RM3.00 - RM5.00 sekilogram. Harga akan menjadi tinggi apabila permintaan untuk jualan segar meningkat tetapi menurun apabila ia hanya dibeli oleh kilang-kilang membuat kordial. Buah markisa bukan menjadi buah yang diminati dimakan segar oleh rakyat Malaysia. Bagi tujuan untuk diproses lazimnya buah segar perlu dihantar kepada kilang memproses jus markisa seberapa segera. Semuga penulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog Anim Agro Technology ke 3,899 ini. Wasallam!.


KG JANDA BAIK...TANAM MARKISA...
TANAH TINGGI... SUBUR POKOKNYA...
RM5.00 SEKILOGRAM...ADA MASANYA...
LAWATAN PENULIS... DAPAT INFONYA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Janda Baik,
Benting, Pahang,
Malaysia.
(28 JamadilAwal 1437H)

2 Responses to " Tips Tanaman - MARKISA - KG JANDA BAIK - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com "

  1. Lipat gandakan uang kalian bersama kami
    Hanya dengan modal 20 ribu bisa jadi jutawan !!
    Menghadirkan bermain game kartu online
    Ayo Gabung bersama kami di DOMINOPELANGI (.)net
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Kami hadirkan permainan Terbaik dari DOMINO206 permainan
    dalam website
    Pusat Game Domino ONline Terpercaya Se-Asia
    Hanya cukup menggunakan 1ID saja anda sudah bisa menikmati 8 game Populer

    - Domino99
    - BandarQ
    - Poker
    - AduQ
    - Capsa Susun
    - Bandar Poker
    - Sakong Online
    - Bandar 66

    Tunggu apa lagi silahkan Registrasi diri anda bersama kami.
    Dan nikmati kembali BONUS REFFERAL terbesar 15% untuk anda.
    Untuk lebih informasi lebih lanjut kalian bisa langsung berdikskusi
    langsung dengan CS handal.

    MInimal Deposit 20rb
    Minimal Witdraw 20rb

    BBM : 2BE3D683 / E3EE3B63
    WA : (+85587480626)
    LINE : DOMINO206
    IG : domino_206


    Link Alternatif
    WWW .DOMINOPELANGI. NET
    WWW .DOMINOPELANGI. COM
    WWW .PELANGIDOMINO. NET

    Bank Online 24 jam (kecuali gangguan)
    - BNI
    - BCA
    - BRI
    - MANDIRI
    - DANAMON

    Salam Kemenangan ^_^

    BalasHapus

close
Click here 2X Close X
kode iklan dfp
Selamat Datang