ditenggelami air semasa banjir. Pengusaha menggunakan tangga aluminium untuk mengutip madu asli dan menyelenggara koloni. Madu Asli kelulut yang dihasilkan dibotolkan dengan jenama iaitu 'MADU KELULUT KUALA SENTOL' dan dijual dengan harga pasaran. Apa pun artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini saya minat untuk membincangkan salah satu amalan yang dilakukan oleh pengusaha ini iaitu menggunakan cermin muka sebagai satu kaedah mengawal kehadiran monyet daripada datang untuk menganggu dan merosakkan log kelulut.
MONYET, Kera atau Monkey merupakan haiwan mamalia yang selalu menjadi musuh kepada manusia dalam bidang pertanian. Haiwan yang selalu hidup berkumpulan ini mempunyai 2 kumpulan iaitu Suborder Strepsirrhini seperti Lemur, Kongkang dan Galago dan Suborder Haplorhini iaitu Tarsier, Monyet dan Mawas. Penulis yang membuat rujukkan dari sumber lain mendapati monyet merupakan rumpun primat haplorin yang memberi makna 'berhidung kering'. Rumpun primat ini yang umumnya mempunyai ekor terdiri daripada 260 spesis yang ujud sehingga kini. Kebanyakan spesis monyet tinggal atau mendiami pokok terutama dikawasan hutan tropika atau belukar yang boleh membekalkan makanan. Bagaimana pun ada juga spesis monyet yang berada diatas tanah seperti babun. Kebanyakan monyet aktif pada waktu siang (diurnal) dan tidak aktif pada malam hari. Monyet umumnya disifatkan sebagai haiwan sedikit berakal, cerdas, aktif dan sering mengganggu manusia untuk mendapatkan makanan dari hasil dikebun. Mereka sering dibunuh dengan senapang atau ditangkap dengan dipasang perangkap monyet sebelum dialihkan kelokasi lain yang dikhususkan sebagai sancuary haiwan ini. Kawasan hutan khas selalu dijadikan lokasi penempatan semula haiwan monyet yang ditang. Bagaimana pun penduduk disekitar penempatan semula monyet selalu menerima masaalah serangan monyet tersebut dan dibawa berbincang dibanyak peringkat. Kehadiran monyet tersebut mengganggu aktiviti pertanian.

Inovasi memasang cermin muka yang digantung banyak unit dikawasan projek kelulut ini satu usaha murni. Adakah mungkin monyet akan pegang cermin muka yang digantung dan melihat mukanya sendiri dan ia ketakutan dan terus lari?. Secara teorinya monyet tersebut mungkin menganggap apa yang dilihat dalam cermin adalah monyet lain yang bukan gerombolannya dan ini menakutkannya. Kesian simonyet yang melihat mukanya sendiri dalam cermin!. Memang monyet tidak cantik atau tidak hansem!. Kesan kilauan cermin muka juga mungkin menakutkan monyet untuk mendekati cermin muka tersebut yang berpusing-pusing ditiup angin. Terdapat berbagai saiz cermin muka yang digantung (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya ada beberapa cara atau petua untuk mengatasi masaalah serangan monyet yang menganggu aktiviti pertanian. Antaranya adalah dengan memelihara haiwan Anjing dikawasan kebun kerana salakkan anjing akan menakutkan monyet dan babi hutan. Cara lain dengan memasang perangkap monyet yang diberikan umpan buah-buahan didalamnya seperti buah pisang dan sebagainya. Cara lain dengan menangkap monyet dan muka serta badannya dicat dengan cat warna merah atau putih dan dilepaskannya. Apabila monyet dicat ini balik dan mengikuti kelompoknya menyebabkan monyet yang lain akan ketakutan. Artikel ini bentangkan satu petua yang dilakukan oleh usahawan kelulut sebagai satu usaha mengurangkan kehadiran monyet dari menyerang sarang kelulut. Semua ia memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
![]() |
Kumpulan pegawai dan pengusaha kelulut buat tinjauan teknologi. |
IA DIGANTUNG... MERATA-RATA...
MONYET TAKUT...SATU IDEA SAJA...
KAJIAN LANJUT... PERLU DIUSAHA...
By,
M Anem,
Senior agronomist,
Kg Kuala Sentul, Maran,
Pahang, Malaysia.
(5 JamadilAkhir 1437H)
0 Response to " Tips Tanaman - CERMIN MUKA - KAWAL MONYET? - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com "
Posting Komentar