DFP 1 Tips Tanaman - BUNGA BALUNG AYAM - KENALI DIA - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com | sitnoolo.blogspot.com

Tips Tanaman - BUNGA BALUNG AYAM - KENALI DIA - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com

Bawah Judul
inartikel
BUNGA BALUNG AYAM (Celosia argentea) merupakan sejenis tumbuhan dalam kategori pokok hiasan atau juga dikelaskan sebagai tumbuhan ornamental yang semakin diminati ramai terutama mereka yang terlibat dalam ternakan kelulut. Bunga yang dipercayai berasal dan natif dari Brazil ini mempunyai bentuk bunga yang cantik dengan bunganya menyerupai 'Balung Ayam Jantan' dari segi struktur dan warnanya. Terdapat banyak spesis dan varieti pokok bunga balung yang boleh dibezakan melalui saiz pokok dan warna bunga serta bentuknya. Bunga balung ayam yang kini ada ditanam di Malaysia kebanyakannya ditanam dalam kawasan taman-taman bunga di Majlis Perbandaran dan juga ditanam dikawasan keliling rumah mereka yang berminat untuk mencantikkan lagi halaman rumahnya. Bunga ini memang tergolong di dalam keluarga Amaranthaceae dimana ianya dipercayai jenis atau spesis yang banyak ditanam dikawasan Asia. Ada dakwaan mengatakan bunga ini adalah berasal dari England yang dibawa masuk oleh penjajah pada zaman kolonial lagi. Penulis amat suka melihat pokok bunga balung ayam yang ditanam didalam pasu atau diatas tanah dengan bunga mekar disekeliling rumah dimana ia mencantikkan lagi permandangan ketika tinggal dikampong dahulu. Dalam kita hendak mengenali akan bunga unik ini lebih baik penulis kongsi maklumat mengenai bunga ini. Perkataan 'Celosia' dipercayai berasal daripada perkataan Greek iaitu 'kelos' dimana ia memberi makna sebagai 'terbakar' atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'Burned'. Kaitannya dengan bunga ini dimana ia mungkin disebabkan warna bunganya itu akan kelihatan seperti api marak yang sedang terbakar. Rujukkan mendapati didalam bahasa Inggeris ia juga dipanggil sebagai 'cockscombs' atau 'woolflowers' yang memberi makna sama dan tersendiri. Artikel tengahari Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Teknology" info mengenai bunga balung ayam sekadar menambah ilmu pengetahuan penulis dan rujukkan pembaca semua.

Daripada rekod menunjukkan spesis bunga balung ayam ada lebih kurang 60 jenis semuanya tetapi ada 3 jenis sebagai popular iaitu jenis Warna Merah (Celosia argentea), Jenis Warna Kuning (Celosia cristata) dan Jenis Warna Ungu-Putih (Celosia spicata). Kesemua jenis ini ada ditanam di Malaysia kecuali spesis bunga kuning iaitu Celosia cristata yang sebenarnya ia banyak ditanam di negara China. Penulis yang beberapa kali melawat China mendapati bunga ini dijadikan pokok hiasan yang popular terutama dalam musim bunga. Dari segi pokok, tumbuhan bunga balung ini mampu tumbuh menegak sehingga capai berketinggian sehingga 1.2 meter dari paras tanah. Lazimnya pokok bunga balung ayam berbatang licin dan membentuk beberapa cabang daripada peringkat awal pertumbuhannya. Daunnya yang berbentuk bujur dan tersusun bertentangan (opposite) yang terbit daripada batangnya mempunyai warna hijau dengan sedikit licin dan rata. Daunya yang lembut dan berkelok memudahkan ia dikenali walau pun belum lagi berbunga. Biji benih bunga ini terletak di bahagian bawah atau pangkal bunga dan ia berwarna coklat atau hitam. Biji yang matang mudah dijadikan biji benih untuk ditanam dikawasan baru. Tumbuhan ini juga mudah dijaga dan kurang diserang penyakit atau perosak.


Walau pun penulis dapati bunga balung ayam ini tidak wangi tetapi ia menghasilkan debunga dan nektar yang disukai oleh serangga terutama kelulut (Trigona spp). Bunganya boleh didapati dalam pelbagai warna yang cerah-cerah seperti merah, kuning, merah jambu dan warna emas. Pada saya warna merah terang adalah warna yang paling menarik dimana ia mudah dilihat dan kombinasi cantik dengan daunnya yang berwarna hijau (Sila lihat foto disebelah). Pokok balung ayam yang ditanam dan dijaga dengan baik boleh berbunga selama 8 hingga 10 minggu. Ini menjadikan ia amat cantik jika ditanam berkelompok dengan waktu menanam berperingkat-peringkat. Bunga Balung Ayam mudah dibiakkan melalui biji benih yang disemai di kawasan teduh dan dipindahkan setelah tumbuh menjadi anak pokok. Tanam pokok bunga ini dengan jarak 8-12 inci antara satu sama lain di atas tanah yang tidak bertakung air dan mendapat cahaya matahari yang banyak. Tanah yang sesuai baginya ialah tanah yang terdiri daripada campuran lumpur, tanah liat, sedikit pasir dan kaya dengan baja dan bahan organik seperti tahi ayam. Walaupun pokok bunga ini tahan panas namun jika terdedah lama kepada cahaya matahari yang terik boleh menyebabkan bunganya menjadi layu. Sebaiknya jangan basahkan bunganya untuk mengelak dari dijangkiti kulat (fungi) sebagai petua. Bubuh baja kepada tanahnya kira-kira 3 atau 4 minggu sekali. Sekiranya dijaga dengan baik penulis dapati pokok ini boleh tumbuh sehingga 4 kaki tingginya. Pokok bunga ini tidak berapa digemari atau dirosakkan serangga perosak. Walau bagaimanapun dinasihatkan jika diserang juga boleh gunakan semburan racun serangga.


Selain ditanam sebagai pokok hiasan apa yang penulis suka mengenai pokok ini adalah ia amat disukai oleh KELULUT. Dalam banyak projek kelulut yang saya lawati, pokok bunga balung ayam adalah diantara tumbuhan yang disyorkan ditanam dikawasan penternakkan kelulut. Kelulut akan berkunjung pada bunga ini daripada pagi sehingga petang (Sila lihat foto saya ambil disebelah). Ia menghasilkan nektar yang disedut kelulut dan akhirnya dijadikan madu kelulut. Madu kelulut yang berkualiti dijual dengan harga diantara RM180.00 - RM200.00 satu kilogram. Dalam membuat beberapa rujukkan penulis juga mendapati tumbuhan ini mempunyai khasiat lain dalam perubatan tradisional. Didakwa bahagian ranting atau dahan pokok balung ayam yang ditumbuk lumat boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak dan luka dengan kaedah iaitu menampalnya pada tempat berkenaan. Air rebusan ranting dan bunga yang dikeringkan boleh diminum sebagai rawatan batuk berdarah, keputihan, batuk dan buasir. Untuk merawat jangkitan saluran kencing, disenteri, batuk dan darah haid yang berlebihan, seluruhya bahagian pokok direbus dan diminum airnya. Ada juga yang mengatakan pokok balung ayam dapat melawaskan pembuangan air besar dan air kecil. Ia juga dikatakan baik untuk tenaga batin tetapi tiada sebarang kajian dibuat mengenainya. Di Indonesia dan India dilaporkan daun pokok balung ayam ini dimakan sebagai sejenis sayur-sayuran dimana dikatakan rasanya seakan-akan rasa sayur bayam. Hebatnya pokok balung ayam digunakan sebagai penawar jangkitan cacing (terutama sekali cacing pita), sakit mulut dan sakit mata. Bijinya boleh mengubat sakit dada manakala bunganya adalah penawar cirit-birit. Daunnya pula boleh digunakan untuk merawat kudis dan bisul. Penulis berharap pembaca blog Anim Agro Technology kali ini berpuashati dengan artikel 'bunga balung ayam - kenali dia'. Wasallam!.
BUNGA BALUNG... AYAM PUNYA...
MUDAH DITANAM..TABUR BIJINYA...
BUNGA CANTIK...KELULUT SUKA...
BANYAK KHASIAT...KENALAH CUBA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 406, Hotel Jelai,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(17 JamadilAkhir 1437H)

2 Responses to " Tips Tanaman - BUNGA BALUNG AYAM - KENALI DIA - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com - Sitnoolo.blogspot.com "

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga group��
    �� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570

    BalasHapus

close
Click here 2X Close X
kode iklan dfp
Selamat Datang