DFP 1 Tips Tanaman - TANAMAN DURIAN BELANDA DI MARAN - Sitnoolo.blogspot.com | sitnoolo.blogspot.com

Tips Tanaman - TANAMAN DURIAN BELANDA DI MARAN - Sitnoolo.blogspot.com

Bawah Judul
inartikel
DURIAN BELANDA (Annona mauricata) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang kini sesuai untuk ditanam secara monokrop dan komersil. Ramai dikalangan petani muda di Malaysia yang telah menanam durian belanda kerana permintaan yang tinggi dipasaran. 

Kalau dahulu buah ini dibiarkan begitu sahaja dipokok dengan tidak dihiraukan tetapi ia kini menjadi buruan ramai orang. Keadaan ini berlaku kerana ada banyak laporan klinikal dan testimoni akan khasiat durian belanda yang mengandungi bahan sebagai anti kanser dan juga mampu mengubati masaalah Gout. 

Selain daripada dimakan segar, kini durian belanda dijual dalam bentuk jus, teh daun durian belanda, kapsul durian belanda, pati, pes durian belanda dan sebagainya. Keluasan tanaman durian belanda di Malaysia dilaporkan terus meningkat daripada hanya sekitar 156 hektar beberapa tahun dulu kepada sekitar 380 hektar pada 2015. Antara negeri yang luas menanam durian belanda adalah Johor (110 hektar), Pahang (65 hektar), Perak (58 ha), Negeri Sembilan (36 ha) dan beberapa negeri lain kurang dari 15 hektar. Ada beberapa petani terutama petani Cina yang penulis lihat di beberapa negeri yang menebang pokok getah dan pokok sawit dan menggantikan dengan tanaman durian belanda. 

Penulis berpeluang melawat beberapa kebun penanaman durian belanda komersil dimana mereka ada menyatakan pokok ini mempunyai potensi yang baik dimasa hadapan. Antara kebun durian belanda yang penulis lawati adalah kepunyaan En Tan di Kg Sungai Jerik, Maran, Pahang. 

Kebun yang perlukan 4WD untuk masuk dalam ini agak terpencil tetapi menghasilkan buah durian belanda berkualiti. Artikel malam ini saya menulis dalam "Sitnoolo" beberapa amalan agronomi penanaman durian belanda yang dijalankan dikebun ini.

Kebun seluas 10 ekar ini mempunyai sekitar 1,200 pokok durian belanda berumur antara 3-4 tahun. Benih asal pokok disini petani menyatakan ia dibeli daripada Australia dengan membawa masuk biji tersebut dan menyemai sendiri dikebunnya. 

Dari segi rupabentuk pokok, marfologi daun, bentuk bunga dan buah didapati ia sama dengan pokok durian belanda tempatan yang penulis periksa (Sila lihat foto disebelah). Ketinggian pokok sekitar 15 - 20 kaki dimana menurut petani semua pokok kini tidak dibuat cantasan lagi sebaliknya dibiarkan sahaja dahan mengembang dan meninggi. Jarak tanaman 6 meter x 9 meter membolehkan ia menerima cahaya matahari yang mencukupi. 

Sistem pengairan diberikan setiap pokok dengan pengairan titis dengan sumber air dari hutan dikawasan bukit berhampiran. Ada beberapa lokasi pokok yang dipasang dengan sistem pengairan mikrojet. Semua pokok hidup subur walau pun kesan kemarau El-Nino 2016 berlaku selama 4.5 bulan kerana bekalan air dikebun ini mencukupi. Didapati setiap pokok menghasilkan bunga dan buah secara berperingkat. Sistem pengairan baik membolehkan pokok durian belanda disini tidak menghadapi masaalah 'water stress' seperti dusun kawasan lain.

Pokok durian belanda separa organik ini didapati mampu menghasilkan tidak kurang dari 100 biji buah setiap masa. Walau pun bunga dan buah tidak dapat dilihat dari luar pokok tetapi apabila penulis masuk dibawah pokok baru dapat dilihat banyak buah dalam beberapa peringkat daripada putik, buah muda dan buah matang (Sila lihat foto disebelah)

Didapati buah yang keluar daripada bahagian dahan muda (dibahagian atas pokok) selalunya lebih besar dan berkualiti (manis) daripada buah yang keluar dibahagian tengah pokok dan bahagian bawah dahan pokok. Buah yang berada tinggi diatas pucuk pokok boleh mencecah sehingga beratnya  5- 6 kg sebiji jika hendak dibandingkan dengan buah dibahagian bawah pokok sekitar purata 1-3 kilogram sahaja. 

Ini kerana didakwa daun dibahagian atas pokok durian belanda lebih aktif didalam menjalankan proses fotosintesis dan menjadikan buah diatas lebih baik. Bagi mengawal lalat buah (Bactocera carambolae atau Daucus spp) petani ada menggunakan racun tetapi terkawal penggunaanya. Beberapa perangkap lalat buah dengan feromon (Methyl eugenol) ada dipasang. 

Kalau harga gred A adalah RM8.00 sekilogram maka jika berat sebiji buah 5 kg, maka anggaran harga ladang buah dari sini dijual sekitar RM40.00 sebiji. Tinjauan penulis dibeberapa pasar malam yang menjual buah durian belanda adalah sekitar RM18.00 - RM20.00 sekilogram. Kini jus dan air kordial durian belanda segar menjadi kegemaran ramai di pasar tani, pasar malam dan beberapa hypermarket.

Apa yang penulis kurang percaya mengenai kaedah menuai buah durian belanda dari pokok yang agak tinggi ini. Menurut En Tan pekerjanya seramai 15 orang akan menjolok dengan galah dan akan membiarkan buah jatuh kebawah. Buah yang sekitar 65-70% matang akan dikait dimana jika jatuh ketanah yang ada banyak rumput dan daun tidak rosak kerana ia masih pada tahap keras lagi (Sila lihat foto disebelah). Buah ini kemudian dikutip dan dibersihkan sebelum dimasukkan dalam bakul dan dibawa ke pusat pengumpulan hasil. 

Kemudian buah ini akan digredkan mengikut saiz dan bentuk (Gred A adalah buah durian belanda yang ada 'Heart Shape' sahaja) dimana buah yang bengkok, cacat dan kecil akan diasingkan. Buah yang digred akan dilapiskan dengan kertas bagi dibawa keluar dan tidak rosak dari perjalanan yang jauh. Selain daripada sekitar Lembah Kelang, buah dari kebun ini ada dihantar kenegara Singapura oleh agen tersebut. 

Semuga tulisan ini dapat beri info berguna kepada anda. En Tan telah dianggap sebagai 'Sifu' dalam penanaman durian belanda dikalangan petani lain di negeri Pahang. Wasallam!!!..
Jalanladang dikebun Durian Belanda Komersil.

3 Responses to " Tips Tanaman - TANAMAN DURIAN BELANDA DI MARAN - Sitnoolo.blogspot.com "

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    BalasHapus
  2. Terima kasih atas tips dan penjelasannya.

    Belanja bulanan

    BalasHapus

close
Click here 2X Close X
kode iklan dfp
Selamat Datang